Betul, ini semua fitnah! Hanya Allah yang akan membalas tuduhan kalian
Kali ni admin hendak menceritakan sebuah kisah yang menggemparkan dunia Islam..ikuti kisah di bawah
Pada 5 tahun lepas, sebuah tempat bernama Kabul, Afghanistan di hadapan sebuah masjid Farkhunda telah bergaduh dengan tok siak masjid.
Kesudahannya tok siak itu melaungkan bahawa Farkhunda telah membakar Alquran.
Akibat drp itu, orang ramai yang berdekatan telah mendengar laungan tok siak tersebut
Mereka yang cintakan Alquran marahkan Farkhunda, ini disifatkan perangai syaitan, iblis sanggup org Islam membakar ayat suci Alquran.
Makin lama keadaan makin ramai, di situ jadi penuh padat dengan orang melihat kejadian tersebut
Apa dh jadi, kewarasan orang ramai telah tercabut, agaknya dah jadi gila semua orang ni!
Pihak polis cuba menenangkan keadaan tetapi gagal, makin lama orang makin ramai, seteru itu ada labelan mengatakan Farkhunda tali barut Amerika
Keadaan jadi semakin teruk!
Farkhunda telah dipijak, dibaling batu, kayu semacam2 alat dilontar orang pada dia.
Dilanggarnya lagi sehingga terseret 200 meter, kejam tak kejam kan!
Akhirnya, Farkhunda telah terkorban, Allah! Allah! Allah!
Mayatnya masih dipukul, dihentak dengan batu besar, dibakar, tetapi tidak berjaya kerna berlumuran darah. Orang ramai menggunakan baju mereka untuk membakar mayat Farkhunda
Takbir, takbir dilaungkan berkali-kali terbunuhnya seorang tali barut Amerika
Peristiwa ni disaksikan ribuan orang, dan mencatatkan ada sebuah video tersebar, tapi admin tidak mahu mengupload di sini, harap maaf ya
Bahkan video tu tersebar di Facebook dan laman2 sosial lain
Sehingga polis mengeluarkan kenyataan amat kesal perkara ini berlaku dengan kejam, tapi hukuman bunuh pada penghina Alquran adalah wajar!
Bayangkan khutbah-khutbah jumaat bergema memuji hukuman Farkhunda
Namun setelah siasatan dijalankan, tiada secebis Alquran pun dibakar, memang tiada
Farkhunda pula bukan seorang pembenci Alquran, bahkan pencinta Alquran dan lepasan madrasah, telah menghafal Alquran. Arwah juga telah berdaftar untuk kemasukan Universiti untuk melanjutkan pelajaran agama dan bercita-cita untuk menjadi seorang Hakim
Jadi apakah Isu sebenar perkara ini boleh berlaku? Mesti ramai pembaca ingin tahu
Terdapat satu benda telah dibakar Farkhunda akan tetapi bukannya Alquran, yang dibakar itu tangkal azimat yang di dalamnya terdapat tulisan-tulisan parsi
Ya memang terjadi pergaduhan Farkhunda dengan tok siak, tok siak tu seorang penjual tangkal-tangkal azimat, Farkhunda mengatakan ini bercanggah dengan amalan Islam
Farkhunda ingin memartabatkan Islam, sudahnya dia pula dituduh sebagai penghina dan bakar Alquran.
Sedih kan?? Apa pengajaran dari kisah ni, kita sebagai Umat Islam wajib bersabar atas sesuatu perkara dan perlu disiasat bukan sembrono membunuh orang even dia bukan seorang Islam lagi, Moga tok siak itu sempat bertaubat dan Alfatihah buat Farkhunda Malikzada.
0 Comments