Resipi Gulai Rebung Ayam!

Resipi Gulai Rebung Ayam!



Ni cara nur sabah buat, selalu saya buat ayam masak kari, ayam masak kicap kali ni nak try lain dari yang lain, jum check ramuan dan langkah2 

Ramuan

 2-4 orang
  1. 8 ketul isi ayam (yang telah dibersihkan)
  2. 3 batang rebung madu (dipotong dan dibelah)
  3. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  4. 1 biji bawang besar (dikisar)
  5. 1 inci halia (dikisar)
  6. 1 sudu makan serbuk rempah tumis (mixed spice jenama McCormick)
  7. 3 tangkai daun kari
  8. 2 peket kecil rempah kari (Rempah Kari Daging jenama Adabi)
  9. 1 keping asam keping
  10. 1/2 kotak kecil santan
  11. 1-2 cawan air (secukupnya)
  12. 1 senduk kecil minyak masak (untuk menumis)

  1. Kisarkan bahan-bahan untuk ditumis (bawang putih, bawang besar dan halia).

  2. Potong dan belah rebung madu (seperti dalam gambar).

  3. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan bahan-bahan yang telah dikisar serta daun kari. Kacau sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari. Kacau lagi, masukkan air sedikit supaya rempah kari tidak hangus.


  4. Masukkan rebung dan baki dari secawan air tadi. Kacau rata perlahan.
  5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan santan kotak. Yani guna hanya setengah kotak sahaja santan. Kacau rata. Boleh masukkan garam dan asam keping. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah lagi air sedikit-sedikit ikut kesesuaian. Jangan terlalu banyak air nanti kuah tercair pula


  6. Apabila siap dimasak, bolehlah dihidangkan. Makan bersama nasi putih. Sedap👍😍. Selamat mencuba.

Semoga resipi nur ni dapat membantu dan memudahkan keje korang k! 

-Nur Sabah- 
Bawangjelita.cyou

Post a Comment

0 Comments