Sebuah Proton Persona tebabas lalu masuk ke sebuah Tasik Lake Resort Serdang petang semalam. Pasukan bomba telah tiba ditempat kejadian pada pukul 6.27 petang. Siasatan mendapati mangsa sekeluarga pergi ke tasik tersebut untuk berjogging. Semasa di dalam kereta mangsa (seorang wanita warga emas) telah tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta meluncur laju masuk ke dalam tasik.
Pada awalnya, anak mangsa telah berjaya membuka pintu kereta untuk menyelamatkan diri, namun masuk semula untuk menyelamatkan ibunya sebelum pintu tertutup semula
Mayat pertama iaitu Hasmah ditemui pasukan unit khas dalam air pada pukul 8. 30 malam diikuti mayat Noraiza pada pukul 8.59 malam. Sementara itu, Proton Persona tersebut berjaya dibawa keluar dari tasik pada pukul 11 malam. Mayat dibawa ke hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sumber: Harian Metro
Artikel selanjutnya: (Video) - Kesian kambing disimbah cat, mulut diselotep
0 Comments