Pelakonan dan pengusaha produk kosmetik Wawa Zainal telah melancarkan produk baru iaitu Wawa In Black yang merupakan produk kosmetik dalam gift box. Dia telah melancarkan iklan bergandingan bersama suaminya Aeril Zafril.
Ramai netizen memuji kehebatan lakonan aksi Wawa dan Aeril dalam iklan tersebut. Ia juga disulami tarian tango yang romantik sebelum Aeril memberikan kejutan iaitu sebuah kotak hadiah kepada isterinya. Menurut pasangan inin, iklan produk kecantikan tersebut menelan belanja setengah juta iaitu RM 500 000.
Menurut Wawa iklan ini adalah penat lelah mereka berbulan-bulan sehingga tak cukup tidur. Mereka pernah menangis bersama disebabkan cabaran membuat iklan sebegini. Katanya lagi 'ya Allah inilah projek paling special pada kami lepas shoot ni lebam-lebam sakit badan tau' sambil ketawa.
Wawa juga menunjukkan aksi dibalik tabir pembikinan iklan tersebut.
0 Comments