Seorang wanita bernama Angeles Duran berasal daripada Sepanyol mengklaim matahari miliknya. Dia melalukan pendaftaran di pejabat tanah di Galicia Sepanyol. Angeles terinspirasi daripada seorang lelaki di Amerika yang mengklaim dia sebagai pemilik bulan.
Angeles berkata menurut undang-undang antarabangsa, setiap negara di dunia tidak boleh mengklaim kepemilikan benda yang berada di luar angkasa. Tapi undang-undang tersebut tidak digunapakai untuk individu. Oleh yang demikian, dia dapat memiliki matahari secara sah disisi undang-undang.
"Hukum itu tidak terpakai untukku, aku tahu undang-undang dan aku bukan bodoh. Mana-mana individu dan sesiapa sahaja boleh mengklaim matahari, tetapi aku orang terawal mengklaimnya dan aku mendapatkannya" katanya.
Sambungnya sebagai pemilik matahari, dia menuntut bayaran kepada setiap manusia yang menggunakan sumber matahari tersebut. Ia digunakan untuk membiayai manusia yang kelaparan bila hampir kiamat nanti. Sudah tentu dana tersebut juga digunakan untuk keperluan dirinya sendiri.
Dia berkata "sudah masanya memulakan sesuatu yang bermanfaat. Kalau boleh mendapatkan wang untuk keperluan masyarakat kenapa tidak dilakukan? Ujarnya.
Sumber: Ageret.org
Artikel selanjutnya: (Video) - Ex- suami jual rumah, halau anak dan bekas isteri.
Artikel selanjutnya: (Video)- Hati-hati tali pancing/layang2 atas highway, abang ni hampir putus leher!
Artikel selanjutnya: "Mama redha pemergian awak, tapi dalam masa sama mama rindu ketukan awak"...kisah dari @ciklinnnn
0 Comments