Disebabkan tak nak lari rasa bihun supnya yang pernah dapat pujian, sup yang sama digunakan selama 46 tahun

Disebabkan tak nak lari rasa bihun supnya yang pernah dapat pujian, sup yang sama digunakan selama 46 tahun

 

Di Thailand juga boleh dikatakan syurga makanan, rakyatnya yang suka makan di restoran-restoran membuat para peniaga wajib kekalkan kesedapan.

Ini yang terjadi di sebuah restoran Wattana Panich, pemiliknya bernama Nattapong Kaweenuntawong berkata kerak-kerak sup lama tidak akan dihapuskan bahkan akan disimpan dan menjadi satu resipi rahsia di restorannya supaya sedap dan unik.

Bila bertanya kepada Nattapong, berapa lama akan disimpan jawabnya, tak pernah dibuang malah dah dekat 46 tahun dipakai sejak generasi ayahnya.

Periuk besar digunakan untuk memanaskan sup bihun itu, atau orang Thailand panggil "neua tune". 

"Sejak hari pertama beroperasi sehingga harini hampir 46 tahun kami tidak pernah buang kuah sup ini, ia akan disimpan semula untuk digunakan pada hari esok sebagai bahan asas untuk dijadikan sup, Nattapong berkata pada media".

Kaweenuntawong menjelaskan kuah supnya yang berusia 45 tahun tersebut mempunyai ‘aroma dan rasa yang unik’. Menariknya, selama kedai tersebut beroperasi, tiada pelanggan yang pernah jatuh sakit atau mengalami keracunan makanan disebabkan supnya yang berusia hampir separuh abad itu.

"Apabila habis berniaga harini, kami akan memanaskan baki sup itu dengan api perlahan sementara esok, apabila sudah pagi kami cuma tambah sahaja bahan yang perlu untuk hasilkan sup itu".

Baca lagi: (Video) - Seorang lelaki ditegur tak pakai mask, lihat apa yang berlaku

Antara bahan utama yang dicampurkan adalah semestinya kuah sup lama, daging lembu, perut lembu, bebola daging, daun sup dan bihun.

Nattapong turut dibantu oleh ibu dan isterinya, untuk memajukan restoran tersebut. Pelik tapi benar bukan? Jika sup ini halal sanggup atau tidak anda mencubanya?


Like and share Kisah Jalanan dot com, suka artikel ini boleh baca lagi

Artikel lain: Sampai mati saya tak boleh balas jasa isteri - Along Eyzendy

Artikel lain: Ujian di bulan Ramadhan yang sangat perit 

Post a Comment

0 Comments