Perkongsian Affiq Azizi bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda yang menunjukkan satu video suami isteri bertindak memarahi pekerja KFC di Klang.
Abg food panda ni sedang menunggu pesanannya, tiba-tiba dia terdengar satu makian dari seorang lelaki akibat tersalah order.
Kata Affiq lagi, seorang lelaki berbangsa India ni menyatakan "U bodoh ke? Tak tahu mcm mana banyak mcm mana sikit ke?"
Atas belas kasihan, dia menolong pelayan KFC tu, dan menegur suami isteri supaya hormat sedikit orang Islam tengah berpuasa.
Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan meminta maaf tapi tiba-tiba muncul seorang wanita dipercayai isteri lelaki tersebut.
"Aku pun berkata lagi, memang dia salah order, tapi sekurang-kurangnya cakap elok2. Bulan puasa ni mungkin dia letih".
"Selang beberapa minit, dia hantar bini dia pulak untuk sound aku. Bini dia kata kenapa u mau backup pelayan KFC ni? Aku cakap of course saya backup sebab dia orang Islam".
“So wajib bagi aku untuk mempertahankan dia. Dia bising2 kat kaunter dan masa keluar korang boleh dengar dia cakap “bodoh” “puasa punya orang bodoh” . Semakin melampau,” ujarnya.
Walaubagaimanapun, ada juga menyatakan tidak adil tidak mendengar kenyataan suami isteri itu, diharap mereka tampil dan buat kenyataan apa yang salah dan apa yang benar.
Sumber: Affiq Azizi
Baca lagi: (Video) - Sanggup ke jirus air dan cium kaki, ni baru pelakon hebat - Netizen
0 Comments