Siapa yang tak mengenali Nabila Huda (37), anak perempuan penyanyi Rock Otai Amy Search. Nabila menceburkan diri dalam bidang seni bermula tahun 2001. Sehingga kini beliau masih aktif berlakon. Watak lakonannya sering menjadi dan mendapat pujian penonton. Tak hairanlah Nabila Huda yang lebih mesra dipanggil Abil mempunyai peminat tersendiri dalam dunia lakonan. Abil berkahwin kali pertama pada tahun 2008 dan mendapat seorang anak yang dipanggil Kesha pada tahun 2009. Namun, perkahwinan pertama tidak dikurniakan jodoh yang panjang. Abil dan pasangan akhirnya sah bercerai pada tahun 2011.
Abil dan Kesha sememangnya sangat rapat. Mereka dilihat sentiasa bersama dalam melakukan pelbagai aktiviti. Menerusi perkongsian Abil dalam instagramnya bernama kupu-kupu. Kesha membuat satu cabaran yang perlu dijawab oleh Abil. Cabaran tersebut adaah dengan memegang sehelai kain dengsn kedua belah tangan dan membawanya melepasi aliran air paip tanpa membuatkan kain basah.
Nampaknya Abil berusaha berfikir bagaimana nak melepasi aliran air paip tanpa kain basah, sehingga Abil menyerah. Akhirnya Kesha tunjukkan teknik sebenar untuk menyelesailan cabaran tersebut. Pandai Kesha kenakan ibunya. Min pun terkena. Jom lihat videonya di bawah.
Artikel selanjutnya: (Video) - Tomok memang star main bola, bakal wakil skuad "Harimau Malaya"?
Sumber: insta kupu-kupu
0 Comments