Sapa pernah tonton filem ni, boleh cuba tonton. Banyak perkara kita boleh jadikan penghayatan, kekuatan mental dan fizikal. Dalam erti kata lain pengharapan tiada pada sesiapa melainkan tuhan yang maha agung.
Terkini setelah hilang hampir 5 hari iaitu 120 jam, kini kapal selam TNI (Tentera Laut Indonesia) punyai tanda-tanda penemuan seperti pecahan kelongong torpedo, sejadah, plat besi, batang poteskop.
Sidang media atau press conference oleh panglima TNI semalam, difahamkan pihak TNI mengenalpasti barang-barang yang dijumpai adalah milik KRI-Nanggala 402. Tiada sesiapa berdekatan di situ (utara Laut Bali) melainkan lokasi akhir kapal selam tersebut.
Panglima TNI Julius Widjono menyatakan selepas penemuan serpihan ini dia yakin kapal selam dan 53 kru kapal selam masih berada kedalaman 800-900 meter dari paras laut.
Di lokasi itu juga didapati tumpahan minyak dan daya magnet besar. Kerja-kerja Search And Resque (SAR) diteruskan dan Indonesia dibantu beberapa Helikopter Australia, Kapal Navy Malasyia, dan juga turut pesawat tentera Singapura.
Australia juga menghantar teknologi canggih mereka iaitu HMAS Ballarat Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB) dan helikopter.
KRONOLOGI TENGGELAMNYA Kapal Selam KRI NANGGALA 402 pada Rabu 21 April jam 3.00 Pagi
3.00 pagi
Kru kapal dan Kri Nanggala 402 siap sedia terima izin untuk menyelamkan periscope pada kedalaman 13 meter dan latihan torpedo
Searider mengiring torpedo dilepaskan.
3.00 - 3.35 Pagi
Searider memerhati dari jarak 50 meter kapal KRI Nanggala 402
3.35 Pagi
Siap sedia torpedo dilepaskan
3.45 Pagi
Periskop dan cahaya lampu Nanggala 402 mula menyelam dan tidak kelihatan
1jam kemudian 3.45 - 4.45 pagi
Tiada respon dari pihak Kri Nanggala 402 berkali-kali dipanggil tapi NO SIGNAL
Semasa dipanggil berkali-kali 3.45 - 4.45 pagi
Helikopter diterbangkan untuk mengenalpasti dari atas visual kapal selam, namun gagal
5.15 pagi
Dijangka KRI Nanggala akan timbul tetapi tiada bayang
Hubungan terputus
6.45 Pagi
TNI AL memberi isyarat pengalihan, dan kerahkan semua angkatan mencari KRI Nanggala 402 dan latihan ditangguh
Selepas 3 hari bersamaan 72 jam masih lagi tidak dapat dihubungi, sedangkan bekalan oksigen kapal selam Nanggala bertahan cuma 72 jam.
Bekalan oksigen habis 21 April - 24 April (72 jam)
Pencarian masih lagi diteruskan, keseluruhan ketenteraan mengalami saat getir dan dikhuatiri anak kapal semua terhidu racun selepas bekalan oksigen dijangka tamat jam 3 pagi sabtu.
Menurut laporan Tribun News, anak kapal kemungkinan mengalami keracunan karbon monoksida selepas bekalan oksigen tamat.
Baca lagi: Firasat anak seperti tahu bapa akan pergi selamanya
Bryan Clark dari Institut Hudson berpangkalan di Amerika berkata, biarpun masih ada oksigen, anak kapal KRI Nanggala pasti berdepan risiko kematian kerana menghidu karbon monoksida.
Katanya lagi, dengan keadaan KRI Nanggal blackout akan menyebabkan kapal itu tiada tenaga untuk menggerakan kipas yang boleh menyalurkan udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.
Kata Ben Ho penganalisis dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam letupan torpedo juga boleh menyebabkan pemadaman kuasa.
Pelbagai faktor boleh diungkap jika mengikut sejarah letupan senjata dan kerosakan struktur asas kapal boleh menyebabkan kuasa kapal selam terpadam.
Memandangkan KRI Nanngala mengunakan peluru hidup untuk latihan torpedo kemungkinan salah satu peluru itu meletup, katanya.
Mirip Kapal selam KURSK (2000) .
Difilemkan berdasarkan tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, bertajuk "KURSK" mula ditayangkan pada 2018.
Tragedi kapal selam Kursk pada tahun 2000 mengorbankan 118 anak kapal, difahamkan insiden Kapal Nanggala sama seperti Kapal Kursk dari Russia iaitu kemalangan 'Torpedo Explosion' di laut Barent.
Dengan keadaan teknologi lama pada masa itu, menyebabkan kapal Kursk sukar diselamatkan.
Presiden Russia ketika itu juga enggan meminta tolong dari ketenteraan lain kerana disebabkan 'Rahsia Ketenteraan'.
Walaubagaimanapun, selepas 4 hari kapal penyelamat Inggeris dapat menemukan kapal Kursk, namun anak kapal 118 orang disahkan terkorban.
Kisah ini difilemkan pada tahun 2018 bertajuk "Kursk".
Boleh menonton filem saspen ini.
0 Comments