Tular beberapa gambar sebelum ni seorang YB DAP di Pulau Pinang membantu anak-anak muda dalam kesusahan seperti tiada motor untuk kerja dibelikan motor.
Perkara ini telah menjadi buah mulut dalam kalangan wartawan di Malaysia (termasuk wartawan akbar Cina), yang mana baru-baru ini YB DAP membantu membeli motosikal untuk kegunaan kerja foodpanda itu adalah fake political stunt.
Wartawan-wartawan cuba menghubungi pejabat YB untuk mendapatkan nombor lelaki yang dibantu beliau tetapi gagal.
Wartawan hanya mahu membuat sesi temubual bersama lelaki yang dibantu tetapi tidak dapat kerjasama daripada orang kanan YB untuk memberi contact lelaki tersebut.
"Mereka mengatakan YB tersebut hanya berlakon dan menipu, ini kerana sebelum-sebelum ini jika ada bantuan wartawan mahu membuat liputan tiada masalah".
"Menurut akbar Cina juga YB itu menipu dan hanya buat lakonan, kerana mereka sehingga harini tidak dapat menjejaki lelaki tersebut".
Turut juga wartawan menghubungi pejabat YB tetapi mereka mengelak.
Dr Kamarul Yusoff
0 Comments