Mr Chung Chee Yang tak mengaku bersalah, masih belum taubat

Mr Chung Chee Yang tak mengaku bersalah, masih belum taubat

Selangor: Kes pukul pengawal peribadi minggu lalu kerana berpuasa dibuka perbicaraan hari ni, walaubagaimanapun Mr Cung (Boss) dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Majisterit atas dakwaan memukul pengawal peribadi minggu lepas.

Majisterit P. Sarulatha membaca dakwaan itu di hadapan Chung Chee Yang 43, dan pembantunya Choo Hin Voon 43, namun mereka menidakkannya.

Chee Yang yang memakai baju t kolar biru dan Hin Voon memakai baju t kolar putih hadir ke mahkamah pada jam 9.10 pagi dan didakwa atas 5 dan dua pertuduhan.

Pertuduhan pertama Chee Yang adalah menakutkan secara jenayah kepada Mohd Azminizam Zulkepli 44, iaitu ugutan dengan menggunakan pistol.

Dia didakwa atas Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan maksimum penjara 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga dia diakwa atas bersubahat dengan mengarahkan pembantu peribadinya untuk mencederakan Shamsuri Zailani 27 dan Mohd Azminizam dengan menggunakan rotan.

Dakwaan ini di bawah Seksyen 109 dan 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman dibacakan.

Bagi pertuduhan keempat dia didakwa kerana mempermainkan agama dengan menyebut perkataan puasa dan Allah sehingga didengari Ahmad Shamsuri di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara satu tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kelima adalah dia didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda maksimum RM2000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan perkara itu di luar halaman rumahnya di Bandar Bukit Tinggi Jalan Batu Nilam antara jam 10.30-11.30 malam pada 13 April lalu.

Hin Voon pula didakwa di bawah seksyen 324 Kanun sama dan hukuman sama kerana menggunakan rotan untuk mencederakan Ahmad Shamsuri dan Mohd Azminizam.

Timbalan pendakwa raya Ashraf Ashaari mencadangkan tertuduh Chee dibenarkan jaminan RM200,000 bagi setiap pertuduhan dan perlu melaporkan diri di balai sebulan sekali, manakala Hin Voon dibenar ikat jamin RM100,000 serta mereka perlu serahkan passport pada mahkamah.

Baca lagi: Perbuatan bapa tiri menyebabkan kanak-kanak 3 tahun positif dadah - Polis

Baca lagi:  Rider foodpanda ini menerima 9 jahitan selepas dipukul suami pelanggan

Baca lagi: (Video) - Wanita tua dibelasah kerana fahaman anti Asia di Amerika

Namun Chee yang diwakili peguam Abdul Hakeem, Hin Voon diwakili Loi Yap Loong, meminta pengurangan kerana kadar yang diberi tidak munasabah walaupun mereka peniaga, dan juga faktor tanggungan keluarga serta tahap kesihatan yang rendah.

Selepas mendengar, Hakim P Suralatha membenarkan Chee diikat jamin sebanyak RM50,000 manakala Hin Voon RM20,000.

Mahkmah menetapkan semula pada 23 Jun depan tarikh sebutan kes.

Sumber: Sinar

Like & Follow FACEBOOK

Post a Comment

0 Comments