Peniaga ini dikecam apabila "mengclaim" "sulam kening" adalah halal, mesra wuduk dan organik

Peniaga ini dikecam apabila "mengclaim" "sulam kening" adalah halal, mesra wuduk dan organik

 

Sebelum ni kita pernah mendengar teknik sulam bulu mata. Proses ini ialah menambah bulu mata palsu yang menyebabkan bulu mata terlihat lentik dan lebat.   Baru-baru ini diperkenalkan pula sulam kening yang dikatakan halal, mesra wuduk dan terdiri daripada bahan organik. 

Sulam kening menggunakan teknik microblanding  atau micro ombre dilakukan supaya kening sentiasa rapi, cantik dan lebat. Sebelum menggunakan teknik tersebut kening diukur dan dibentuk supaya sesuai dan cantik pada wajah. 

Namun dalam Islam perbuatan mengubah, mencukur, menambah apa-apa bahan ke anggota badan atas tujuan mengubah ciptaan tubuh badan  sedia ada tanpa tujuan khusus adalah haram dan berdosa. 

Oleh itu, teknik ini jatuh pada hukum tatoo kosmetik. Pertama kawasan tatoo bernajis kerana darah yang beku padanya, kedua mengubah kejadian dan ciptaan Allah, ketiga menyakiti dan memudaratkan tubuh badan dan keempat terhalang air wuduk dan mandi hadas. 

Sebab itu, peniaga yabg menawarkan perkhidmatan ini tidak boleh mengatakan perkara tersebut adalah halal dan mesra wuduk. Ia akan mengelirukan umat Islam terutama kaum wanita yang sangat gemar akan perkhidmatab kecantikan. Selain daripada itu, peniaga juga tidak boleh menjamin bahan yang digunakan adalah organik kerana tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 



Diharapakan semua pembaca peka dan berhati-hati dalam mengejar kecantikan sehingga melakukan dosa tanpa sedar. 

Sumber: Ummu Aqilah Makshut

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments