Mayat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bernama Medina Memi ditemui di dalam sebuah lubang berdekatan reban ayam dibelakang rumahnya. Medina Memi hilang selama 40 hari di bandar Kahta, Adiyaman Turki.
Hasil daripada bedah siasat mendapati tanah memenuhi paru-paru dan perutnya. Ini bermakna Medina telah ditanam hidup-hidup. Dia mati perlahan-lahan dan sangat menyiksakan.
Remaja tersebut tidak pernah bersekolah dan tidak tahu membaca dan menulis. Dia hilang selama 40 hari selepas membuat 3 laporan polis hasil penderaan yang dialaminya. Tetapi laporan tersebut tidak diendahkan oleh polis. Medina didera disebabkan bercakap dengan seorang lelaki.
Ayahnya Memi berusia 40 tahun dan datuknya Fethi Memi, 65 tahun enggan membantu penyiasatan selepas mereka ditahan oleh pihak polis. Mereka beranggapan pembunuhan tersebut adalah pembunuhan bermaruah kerana anak perempuan tersebut telah merosakkan kehormatan keluarga mereka. Pembunuhan terhormat ini meragut mangsa hampir setiap tahun walaupun pelbagai usaha kerajaan dan persatuan untuk menghentikan kepercayaan ini.
Ia juga menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Ayah dan datuk Medina didapati bersalah oleh mahkamah Turki dan dihukum penjara seumur hidup selepas membunuh darah daging sendiri dengan kejam.
Sumber: The Sydney Morning
Like & share FACEBOOK
Baca lagi: (Lihat Video) : Ibu gadis ini berleter mencuit hati netizen, sebab nak cuba resepi Khairul Aming
Baca lagi: Hampir dua bulan pemergian anak, ibu rindu susuk Sophia Fatehah yang lemas bulan lalu
Baca Lagi: Akibat dendam dengan rakan serumah kerana sering dibuli, suspek ambil keputusan untuk membunuh
Baca lagi: Armin Meiwes: Cari pasangan sejenis tapi niat membnuh
0 Comments