Tular video kedua iklan judi dalam lagu raya

Tular video kedua iklan judi dalam lagu raya


KL - Sebelum ni tular video iklan mengajak judi dalam lagu raya dan telah mendapat kerisauan rakyat serta siasatan polis dijalankan,  namun tidak disangka-sangka selang beberapa hari lepas tu terdapat video kedua menggunakan modus operandi yang sama.

Video berdurasi tiga minit 19 saat itu telah tular dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dijalankan dan akan buat penangkapan.

"Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki dan perempuan berlakon dan bernyanyi dengan mempromosikan satu permainan judi", katanya menerusi sidang media.

"PDRM juga akan mengesan barisan pelakon dan juga penerbit buat masa ni" 

Satu laporan polis telah dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan siasatan akan dijalankan.

Video itu diterbitkan oleh sindiket perjudian dalam talian yang memperhebat promosi kegiatan haram itu di media sosial sempena hari raya aidilfitri tak lama lagi.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Baca lagi: Ahlong bakar kereta, serang salah rumah

Baca lagi: Sanggup mengaku sakit mental sebab tak nak puasa 



Like FACEBOOK and follow

Post a Comment

0 Comments