(Video): Penghantar makanan ini terpaksa menyorok bayinya untuk mengelak pelanggan simpati

(Video): Penghantar makanan ini terpaksa menyorok bayinya untuk mengelak pelanggan simpati

 


Setiap ibu dan ayah menginginkan anak-anak dibesarkan dalam keadaan baik dan sempurna. Namun setiap daripada kita memiliki berbagai masalah dan dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anak. Seorang bapa yang cekal bernama Li tular di media sosial kerana menjaga bayinya sambil bekerja sebagai penghantar makanan. 

Fei'er bayi comel yang sentiasa tersenyum seakan memahami kedaan ibu dan ayahnya. Semenjak usia 6 bulan lagi, menjadi rutin setiap  hari pukul 9 sehingga 11  pagi dia dan bapanya akan keluar untuk bersama-sama mencari rezeki. Fei'er akan dimasukkan di dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan dibahagian hadapan motorsikal, kotak tersebut  dilapik dengan tilam nipis untuk keselesaan Fei'er. Ada kalanya bapanya akan mengendongnya di belakang dengan menggunakan 'baby carrier'. 

Ramai yang berasa simpati terutama pelanggan yang menempah penghantaran makanan daripada mereka. Kadangkala pelanggan akan memberikan buah, makanan ringan dan duit kepada Fei'er. Namun bapanya tidak mahu mengambil kesempatan diatas nasib dirinya. Ketika usia Fei'er mencecah umur 2 tahun, adakalanya dia ditinggalkan dengan jarak beberapa meter daripada bapanya ketika menghantar makanan kepada pelanggan. Ini demi menggelakkan pelanggan mengetahui kehadiran Fei'er dan berasa simpati kepada anaknya. 


Li turut menyusukan anaknya dan menyalin lampin di atas motorsikal. Li terpaksa mencari duit untuk menampung kos hidup yang sangat tinggi  disamping anaknya menghidap pneumonia daripada kecil lagi. Isterinya pula bekerja dipasar basah pada waktu pagi. Menjelang tengah hari, dia pula akan menjaga  Fei'er dan membawanya ke tempat kerja. Fei'er turut membantu ibunya di kedai dan hanya duduk di penjuru kedai tanpa mainan dan kawan. 

Keluarga ini tinggal di sebuah bilik yang berkeluasan 107 meter persegi dengan bayaran 300 yuan (RM 189) sebulan. Menurut Li, dia sangat bersykur dengan orang ramai yang ingin memberikan bantuan kepada mereka. Namun, biarlah dia berusaha sendiri untuk menampung kehidupan keluarganya.


Rumah yang sempit dan kekurangan wang bukanlah penentu kebahagiaan. Walaupun mereka serba kekurangan, tetapi Li tetap bahagia dengan anak dan isteri disisinya. Video kehidupan Li dan anaknya yang comel boleh disaksikan pada video di bawah

Sumber: southchina


Artikel selanjutnya: 'Bini muda' berusia tua belasah 'bini tua' berusia muda

Post a Comment

0 Comments