Baru-baru ini seorang ahli group Masak Apa Hari Ni telah memuat naik sebuah post masakan berkaitan laksa Johor. Namun, pada resepi tersebut beliau tidak menggunakan ikan parang atau ikan tenggiri yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan kuah laksa Johor yang benar-benar asli.
Justru, muncul seorang wanita yang berasal dari Johor memberikan pendapat yang mungkin mengguris hati khususnya penduduk utara dan pantai timur semenanjung Malaysia.
Beliau berpendapat " Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri.Jangan jatuhkan standart kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung/ selayang. Itu standart orang utara atau pantai timur.
Hasil daripada komen ini mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana resepi asli laksa Johor ialah masakan golongan berada yang perlu menggunakan ikan parang atau tenggiri. Kuah laksa sangat lazat dan nikmat jika menggunakan ikan tersebut.
Selain itu ada juga berpendapat, resepi asli laksa Johor perlu dipelihara dan perlu menghormati resepi asal negeri lain. Segelintir netizen turut berkongsi cara memotong timun dengan betul untuk laksa Johor. Ulam-ulaman pula perlu disediakan dengan betul seperti tidak menggunakan kacang panjang dan bunga kantan dalam hidangan.
Namun, sesetengah orang Johor beranggapan tidak perlu menggunakan ikan yang lebih mahal. Cukup menggunakan ikan sardin, kembong atau selayang kerana bukan hanya ikan yang mempengaruhi rasa kuah tetapi jika tidak pandai memasak, tiada gunanya menggunakan ikan mahal.
Perang laksa tidak berakhir disitu. Komen tersebut turut tular di group dan page negeri utara dan pantai timur. Ada juga yang mempersoalkan resepi laksa Johor yang menggunakan spagetti sebagai pengganti laksa sebenar.
Akaun peribadi wanita tersebut juga turut dihujani kecaman. Sehingga seorang pemilik akaun yang mempunyai nama yang sama dengan wanita tersebut turut dikecam netizen. Dia berasa terkilan kerana netizen tidak meneliti dengan betul sebelum melontarkan kecaman. Sedangkan dirinya tidak pernah meninggalkan komen sebegitu. Walaupun beliau menggunakan nama yang sama, tetapi dp/profile picture facebook mereka berbeza.
Sesetengah netizen juga turut memuatnaik laksa utara dan pantai timur untuk tatapan netizen.
Diharapkan netizen berfikir sebelum meninggalkan komen yang akan mengguris hati ramai pihak. Tidak salah untuk meluahkan pendapat, tetapi perlu disertakan dengan adab sopan. Tak kisah lah laksa manapun, semua makanan di Malaysia ni sedap-sedap. Admin belanja gambar laksa Johor. Sedapnya..
Sumber:MAHN
0 Comments