Baru-baru ni tular seorang lelaki di akaun instagram @muhammad zulhakim44 telah menghantar pesanan mesej di akaun instagram kepada selebriti terkenal Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh 36.
Penyanyi dan juga pelakon itu memuatnaik status di IG story melepaskan geram apabila lelaki itu menghantar pesanan mesej yang agak kurang ajar dan biadap.
Berikut kata-kata lelaki itu kepada Masha.
"Saya Hakim, Saya benci berlakon macam awak. Awak macam rosak rumah tangga orang. Sudahlah perangai awak tak berubah sampai sekarang. Awak dan keluarga awak bodoh dan babi. Muka awak macam babi (sambil memberi emoji khinzir). Awak perempuan tak ada maruah," tulis individu berkenaan.
Ternyata apabila baca mesej itu, Marsha terlihat marah dan membalas "astaghfirullah mengucap dik, ini sudah melampau, saya akan buat laporan polis" kata Marsha kepada individu tersebut.
Lelaki itu juga sempat berkata "You and family you stupid and pig muka you mcm pig"
Marhsa menjdi popular sejak tahun kebelakangan ini apabila lakonan atau watak nya menjadi.
Ramai netizen kagum melihat aksi lakonan Marhsa, dalam pada masa sama sebelum ini Marsha juga pernah dimaki hamun oleh seorang netizen kerana berang dengan watakanya sebagai Nurul Huda dalam drama "Rindu Awak Separuh Nyawa".
Ujarnya lagi, Marsha dihujani mesej makian daripada netizen sebelum ni sehingga ada yang mengugut Marsha untuk menampar mukanya dan menggelarkan Marsha sebagai perempuan miang kerana terlalu geram dengan watak tersebut.
Ini bermakna lakonan Marsha menjadi, dan tidak lupa juga Marsha antara barisan pelakon hebat sekarang.
0 Comments