Perkongsian oleh Mahfuza Masri salah seorang aktivis pengumbang Sahabat Jariah Malaysia.
Baru-baru ini pihak sekolah bersama Sahabat Jariah Malaysia menjalankan aktiviti sumbangan untuk pelajar asnaf dan pelajar yatim piatu.
Tapi kali ini lain pula ceritanya, seorang anak datang terima bantuan dan duit raya. Sambil- sambil tu berbuallah mereka:
Sahabat Jariah: Ayah kerja apa?
Anak: Telekom
Sahabat Jariah: Sebagai apa?
Anak: Engineer
Dan "saya keluar untuk jumpa maknya"
Sahabat Jariah: Puan kerja apa?
Ibu: Xxxc di Bangi
Sahabat Jariah: Saya ambil gambar dulu ya. Semua penerima saya ambil gambar sbg bukti barang dan duit raya ni saya dah serahkan.
Diorang posing
Sahabat Jariah: Puan sila betulkan data anak dengan pihak sekolah ya, jangan tipu, bantuan ni untuk anak yatim piatu, anak yatim dan asnaf. Jika puan terud menipu tak lama memang dapat status yang saya cakap tadi.
Eh macam-macam, semoga ramai lagi yang berhak di luar sana yang dapat bantuan.
Kita mampu kita jaga.
0 Comments