(Rakaman) - Budak lelaki koma selepas dibanting 27 kali ketika berlatih Judo

(Rakaman) - Budak lelaki koma selepas dibanting 27 kali ketika berlatih Judo

 

Menurut media Taiwan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun telah menghadiri latihan Judo ditemani pakciknya. Kanak-kanak tersebut bernama Huang datang  berlatih dalam keadaan kurang sihat dan telah dimaklumkan kepada jurulatihnya (68 tahun) akan hal tersebut. Namun, jurulatih tidak mengendahkan kesihatan Huang. Malah beliau dijadikan 'alat' latihan.

Huang sempat di banting jurulatih beberapa kali diikuti oleh seniornya. Huang diangkat kemudian di banting beberapa kali ke lantai sehingga dia berasa sakit di kepala dan lutut. Namun, latihan tersebut diteruskan tanpa mempedulikan kesihatan Huang. 

Seniornya telah menghempasnya 20 kali manakala jurulatihnya menghempasnya 7 kali dalam memberikan tunjuk ajar kepada seniornya. Selepas kejadian itu, Huang pengsan, mukanya pucat dan anak matanya menghala ke atas. 

Jurulatih meletakkan Huang disisi pakciknya. Pakciknya bertanya kenapa Huang pengsan? Jurulatih hanya berkata Huang berpura-pura pengsan. Pak cik Huang segera menghubungi ambulans dan membawa Huang ke hospital. 

Selepas tiba dihospital, Huang terpaksa menjalani pembedahan kecil dan dilaporkan dalam keadaan koma. Netizen berasa simpati dan kasihan kepada Huang dan berharap jurulatih dapat diberikan hukuman setimpal demi keadilan untuk Huang. 

Sumber :YOY network

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments