Seorang wanita hamil dibelasah oleh suami sehingga sebahagian tengkorak kepala dikeluarkan

Seorang wanita hamil dibelasah oleh suami sehingga sebahagian tengkorak kepala dikeluarkan

 




Seorang penjawat awam bernama Jahidah Nordin   dimasukkan ke ICU disebabkan dibelasah teruk oleh pasangannya. Jahidah dan suaminya disatukan pada 7 September 2020 dan usia perkahwinannya mereka  baru mencecah 8 bulan. Suaminya bernama Rosmaini bin Abdul Raof yang berasal daripada Alor Setar, Kedah. Suspek dan isterinya tinggal di sebuah apartment di Johor Bahru. 


Namun, adik mangsa iaitu Fazariah menceritakan doktor telah memanggilnya ke ICU dan terpaksa mengeluarkan sebahagian tengkorak kepala kakaknya kerana kecederaan otak yang dialami. Dia dengan perasaan hiba membawa separuh tengkorak kakaknya pulang ke rumah. 



Menurut Fazariah, kakaknya dibelasah oleh suspek sehingga retak tulang belakang, kecederaan di kepala dan otak. Lebih malang lagi, kakaknya telah disahkan mengandung. Suspek atau suami mangsa turut melarikan barang kemas, telefon bimbit dan sejumlah wang. 



Ayah mangsa iaitu Nordin Madating Kasim turut meluahka rasa kesal atas tindakan menantunya. Dia menyifatkan menantunya seperti binatang kerana sanggup memukul wanita apatah lagi anaknya telah mengandung. 



Diharap suspek dapat diberkas polis dengan segera. Suspek juga dikatakan handal bermain silat.




Post a Comment

0 Comments