TERKINI: (Video) - Keretapi LRT Kelana Jaya bertembung, beberapa penumpang cedera

TERKINI: (Video) - Keretapi LRT Kelana Jaya bertembung, beberapa penumpang cedera


Kereta api bawah tanah LRT Kelana Jaya dikatakan bertembung dan menyebabkan beberapa penumpang cedera. Pertembungan itu berlaku berdekatan dengan KLCC. Walau bagaimanapun, bilangan  mangsa tercedera tidak dapat dikenalpasti.  





Punca kejadian juga tidak dapat dipastikan. Ada yang menyatakan mungkin masalah sistem kerana LRT tidak memiliki pemandu. Ia dikawal sepenuhnya dengan sistem elektronik. 


Kenyataan media daripada Prasarana Malaysia Berhad menyatakan pertembungan keretapi LRT melibatkan keretapi bernombor 40 dan 81. Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan. Diharapkan moga  semua mangsa selamat








Post a Comment

0 Comments