Beberapa harini tular kedai mamak palsu, mereka menggunakan taktik biasa, menggunakan nama kedai seperti Annur, Syed, Nabila, dan Azharr untuk menarik ramai pelanggan muslim.
Hal ini kerana dengan menggunakan nama-nama Islam mereka akan mengaut untung lebih banyak selepas melayu islam yang makan di gerai mereka.
Sikap tak bertanggungjawab ini boleh dilabel sebagai biadap dan tidak menghormati negara Islam sebagai agama rasmi.
Terdapat perkongsian dari FB bernama Tuan Khairi bagaimana hendak mengenal pasti kedai mamak palsu, boleh ikut cara-cara ni:
1) Bila hari deepavali sebagai contoh, kita boleh perhatikan hari raya hindu ni la dorang akan cuti, semestinya restoran mamak tiruan akan cuti pada hari deepavali, cuma cara ini boleh dibuat setahun sekali.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
0 Comments