Hasil siasatan mendapati seorang pelajar di Sekolah Desa Ulupulu Indonesia tidak melunaskan yuran pembelajaran, disebabkan itu pelajar tersebut dilarang menjawab peperiksaan oleh pengetua sekolah. Kerana geram hukuman tersebut bapa kepada pelajar itu bertindak menikam pengetua sekolah tersebut.
Pihak sekolah sedang mencari bapa pelajar tersebut kerana lari tanpa dikesan.
Suspek yang berusia 45 tahun itu sempat bertengkar dengan pengetua sekolah sebelum berlaku aksi pergaduhan dan diakhiri dengan tikaman.
Pengetua sekolah yang berusia 49 tahun itu dikejarkan ke hospital pada jam 8 pagi pada hari selasa dari sekolah.
Pegawai penyiasat, Aipda Yohanes Bhara menyatakan, pihaknya sudah mendapat laporan mengenai insiden tikaman tersebut. Pihak polis telah tiba ke tempat kejadian dan menangkap suspek di rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu.
“Ya betul, kami sedang berada di tempat kejadian untuk menangkap suspek,” kata Aipda Jimi.
Jumlah yuran yang tertunggak sebanyak 1.7 juta rupiah, disebabkan itu pelajar tersebut diusir dar menjawab peperiksaan, katanya.
0 Comments