Seorang wanita berasal daripada kampung Bangau-bangau Semporna, Sabah menghadapit detik hitam apabila bayinya berusia 3 bulan telah meninggal dunia. Dia hanya mendakap bayi tersebut dan menangis semalaman kerana tidak berkemampuan menguruskan jenazah anaknya yang telah meninggal dunia.
Lebih menyayat hat sebelum itu, dia telah memaklumkan kematian bayinya kepada orang sekeliling, tetapi tiada bantuan yang diberikan. Pada waktu pagi wanita tersebut masih menangis dan memeluk anaknya sehingga disapa oleh salah seorang sukarelawan rumah ngaji.
Mereka berasa terkejut dan terus membantu wanita berkenaan untuk menguruskan jenazah bayi tersebut. Rumah ngaji adalah sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu orang ramai untuk mempelajari al-Quran dengan percuma.
Namun, menguruskan jenazah adalah satu kewajipan fardhu kifayah. Oleh itu, rumah ngaji membantu wanita berkenaan dengan ditemani oleh 3 orang ustaz di kampung tersebut. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 1.30 petang.
Selepas kejadian itu, wanita tersebut masih dalam keadaan trauma. Dia hidup menumpang disebuah rumah dengan seorang lagi anaknya berusia 2 tahun. Suaminya telah dipenjara selama setahun akibat kesalahan mengambil dadah. Team rumah ngaji berbesar hati telah memberikan sumbangan barangan keperluan dan barangan lain yang bersesuaian kepadanya.
Ramai netizen berasa sangat marah dengan tindakan jiran-jiran wanita berkenaan.
Walaupun warga asing, bukan alasan untuk membiarkan jenazah bayi tersebut.
0 Comments