Seorang penghantar makanan Food Panda telah berdepan detik sukar bila pelanggan hilang setelah mengambil pesanan makanan melalui aplikasi tersebut sebanyak RM80. 00. Rider tersebut telah mengayuh basikal sejauh 3KM ke tempat yang di tetapkan oleh pelanggan iaitu Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman.
Setibanya di stesen minyak tersebut, rider mencari nama pelanggan bernama Mira, namun pekerja Shell memberitahu tiada nama Mira di stesen minyak tersebut. Tambah menyedihkan rider tersebut mempunyai masalah pertuturan, dia terpaksa meminta bantuan kawannya untuk bercakap. Dia terduduk setelah mendapat tshu ditipu.
Kawannya cuba menghubungi pelanggan tersebut melalui whatsapp, pelanggan menjawab dia tidak tahu siapa yang menggunakan telefonnya untuk menempah makanan. Jika dia tersalah menempah makanan, mengapa dari awal dia berjanji untuk berjumpa di Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman? Ia menimbulkan persoalan yang tak terjawab oleh rider.
Setelah kejadian itu, pekerja stesen minyak membantu dengan membeli semua makanan tersebut.
Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan foodpanda boleh bagi gantirugi.
Time-time lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motosikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah.
Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya supaya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!
Kredit: Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman
0 Comments