Seorang penjual laksa terkejut apabila barang niaganya telah disepahkan oleh seorang mak cik peniaga keropok lekor yang juga berniaga bersebelahan dengannya. Menurut cerita, kedai mak cik tersebut telah lama berniaga di tapak tersebut sebelum mereka membuka perniagaan laksa baru-baru ini.
Susulan itu, mak cik tersebut tidak berpuas hati. Semasa mereka membuka kedai dan menyediakan barang-barang jualan di atas meja, mak cik tersebut terus meluru ke kedai mereka dan menterbalikkan barang-barang laksa tersebut dan beredar ke kedainya. Bahan-bahan itu dikutip semula oleh peniaga. Sambil merekod video kejadian.
Selepas kejadian itu, suami kepada makcik peniaga keropok lekor memohon maaf kepada peniaga laksa terbabit. Tetapi laporan polis tetap diteruskan untuk memberi pengajaran kepada makcik tersebut.
Netizen masing-masing berasa berang dan marah kerana tepi jalan merupakan hak kerajaan. Jadi sesiap sahaja boleh berniaga. Mereka berharap peniaga tidak dengki antara satu sama lain kerana rezeki Allah telah tetapkan.
0 Comments