Jika ada tanda-tanda ini menunjukkan bayi anda dalam bahaya

Jika ada tanda-tanda ini menunjukkan bayi anda dalam bahaya

 



Seorang ibu bernama Samsiah Shaharudin telah berkongsi kesedihan akan kehilangan anaknya seawal 4 bulan kerana penyakit kronik. Siapa sangka bayinya yang kurang aktif dan bersuara perlahan mengalami penyakit yang tiada penawarnya. Ikuti perkongsian beliau 


Assalamualaikum...
Saya nak kongsi kisah anak syurga saya yang baru seminggu tinggalkan kami... ibu2 semua...jika ada nampak anak2 ibu yang kurang aktif /suara perlahan atau pergerakan nya tak seperti baby yang sebaya dengan umur nya.. saya nasihatkan segera lah berjumpa doktor untuk kepastian...

Kisah anak syurga saya pada awal nya hanya ada masalah yang sy nyatakan tadi... saya ingatkan normal rupanya tak.. rupanya itu tanda2 anak saya ada mengalami penyakit yang serius ..yang tiada ubat.. anak syurga saya disahkan mengidap penyakit yg diberi nama  Spinal Muscular Athropy type 1(SMA type 1)yang mana penyakit ni memang tiada penawarnya...dan jangka hayat untuk hidup pun tidak panjang...hanya 6bulan.. tetapi,anak syurga sy tinggalkan kami ketika ianya baru berusia 4bulan 13hari.. 


Saya harap...ibu2 dalam ni tolong alert dengan perkembangan anak2... 
Sekian.. kisah anak syurga saya...Tenanglah anak syurgaku Muhammad Razi Firdaus.  Semoga bertemu dengan mama abah disyurga nanti. 

Sumber: Samsiah

Post a Comment

0 Comments