Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 68, tidak hadir ke mahkamah hari ini (24 Ogos 2020) disebabkan sakit tulang belakang akibat terjatuh. Beliai dikatakan tidak mampu untuk duduk lebih lama.
Perbicaraan sebelum ini telah tertangguh beberapa kali oleh itu, mahkamah tinggi telah memanggil doktor pakar dari hospital swasta yang merawat beliau untuk memberi penjelasan berkaitan penyakit sebenar yang dihidap oleh Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau telah menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 rasuah dan 27 melibatkan penggubahan wang haram. Ia melibatkan dana puluhan juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi daripada 13 Januari 2014 hingga 11 Januari 2016.
Presiden Umno ini dikatakan menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik peribadi, polisi insurans untuk kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan dana kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.
Kesalahan beliau mengikut seksyen 409 kanun keseksaan.
Sumber: Kosmo
0 Comments