"Ketika Tu Kami Lepak Sama-Sama Saya, Arwah, dan Seorang Ustaz...Panjang Lebar Ustaz Tu Cerita Sampai Kami Tergamam"..

"Ketika Tu Kami Lepak Sama-Sama Saya, Arwah, dan Seorang Ustaz...Panjang Lebar Ustaz Tu Cerita Sampai Kami Tergamam"..

 


Kisah ini diabadikan oleh seorang wartawan, dan ditulis semula buat para pembaca.


Sepanjang saya menjadi wartawan hiburan hampir 15 tauun, belum pernah lagi saya benar-benar menitiskan air mata bila mendengar berita kematian artis-artis tanah air kita melainkan berita kematian Abam Bocey dan Siti Sarah.


Tak tahu la kenapa. Tapi saya lebih terasa dengan kehilang Siti Sarah. Saya tidaklah rapat sangat dengan beliau tetapi saya selalu juga contact beliau bila timbul sesuatu isu.


Tapi bila sudah di hujung nyawa beliau, saya terus teringat satu kenangan yang berlaku di pejabat kami Mingguan Misteri sekitar awal tahun 2000. Walaupun akhbar Misteri tetapi ada juga berita hiburan di dalamnya.


Waktu itu saya dikunjungi oleh seorang ustaz. Saya dah tak berapa ingat namanya. Tak silap namanya Ustaz Shafie. Ustaz ini datang menemani kawannya untuk urusan iklan dengan pegawai iklan kami.


Banyak hal-hal agama saya berborak dengan Ustaz Shafie ini. Tengah rancak berborak, tiba-tiba Siti Sarag muncul dengan pembantunya. Katanya baru habis sesi fotografi dengan jurufoto kami di luar pejabat tadi.


Jadi, sekarang Siti Sarah nak tunggu saya interview beliau. Oleh kerana ada tetamu, saya minta wartawan lain interview beliau. Tapi rakan wartawan yang nak interview itu masih on the way ke office.


Lalu, saya pelawa Siti Sarah lepak dulu dalam bilik sambil berborak dengan Ustaz Shafie tadi. Apa yang mengejutkan, Ustaz Shafie banyak tahu tentang diri Siti Sarag. Wahh.. hebat betul Ustaz ni, kata hati saya. 


Bukan apa usia Ustaz ni saya rasa lebih 60 tahun ketika itu. Tapi cara pemikiran dia luar biasa. Paling saya ingati kata-kata Ustaz Shafie ini depan Siti Sarah, "Saya pernah agak satu hari akan muncul seorang lagi artis popular yang mula huruf S selepas Siti Nurhaliza kata Ustaz tu la.


"Dan orang dia ada depan saya ni sekarang". Sebaik saja Ustaz tu cakap macam tu, Siti Sarah terkejut. Saya pun terpaku jugak. Masa tu nama Siti Sarah belum top lagi. Dia datang ke ofis kami pun sebab nak promosi album kesetiaan tu. 


Kemudian Siti Sarah berkata, biar betul Ustaz. Takkan saya pulak. Ramai lagi artis huruf S kat luar sana. Takkan saya kot". Kata Siti Sarah yang sangat merendah diri. "Betul...Sarah akan jadu top nanti. Semua oeang kenal Sarag. Rezeki melimpah ruah. Cuma satu saja, Sarah mungkin tak sempat tua..." 


Mendengar Ustaz tu cakap Sarah mungkin tak sempat tua, kami semua terdiam secara automatik. Diam seketika bilik saya tu. Tiba-tiba Ustaz ru cakap "Eh melawak saja....tapi yang berjaya jadi popular tu betul..."


"Ahh lega.."kata Siti Sarah bila dengar Ustaz cakap macam tu. Taknlama kemudian rakan wartawan saya sampai dan terus mengajak Siti Sarah ke biliknya. Sepanjang saya ke bilik sebelah, Ustaz Shafie ni cakap Sarah ni budak bagus. Satu masa nanti dia akan jadi manusia paling bagus. 


"Selalunya orang yang bagus ni Allah sayang". Kata Ustaz Shafie. Saya terus bertanya, ohh sebab tu ke Ustaz cakap yang Sarah ni tak sempat tua tadi tu? Maknanya...Belum sempat soalan saya dijawab, kawan Ustaz panggil sebab dah siap urusan iklan. Soalan saya tergantung macam tu saja.


Kenangan ni saya sampai sekarang ingatlah, walaupun Ustaz tu kata melawak saja..tapi bila saya tengok berita di media sosial yang oksigen Siti Sarah makin menurun, saya berdebar dan menggeletar. Kemudian tubuh Siti Sarah diletakkan di posisi meniarap!! Aduh..makin kencang jantung saya. Tapi bila lepas solat subuh, saya buka facebook, jantung saya bagai terhenti. Kenyataan dari Shuib benar-benar membuatkan air mata saya mengalir tanpa sedar. 





 
Kenangan bersama Arwah untuk diinterview

Post a Comment

0 Comments