Kali ini berlaku kisah kepada salah seorang ahli kumpulan Fotograf , Band yang terkenal dengan lagu "Luka Seribu Rindu" dan "Ke Pintu Kasihmu" iaitu Ringgo. Ringgo terkenal dengan pemain drum bagi kumpulan itu.
PENJARA... namanya sahaja sudah mampu membuatkan kita rasa gerun, seram dan takut apatah lagi saat menjadi penghuni tirai besi yang bukannya pula di negara sendiri.
Pengalaman pahit itulah yang dilalui oleh pemian dram Fotograf iaitu Ringgo kerana terpaksa meringkuk dalam penjara dan melalui tahanan parol di Venezuela yang keseluruhannya berjumlah lapan tahun akibat menjadi mangsa keldai dadah.
Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.
Semuanya gara-gara ketika itu dia bersama rakan-rakan yang menyertai aktiviti himpunan anak seni berada di Venezuela diminta seorang teman yang baharu dikenalinya membawakan beg dalam perjalanan menuju ke Sepanyol.
Tanpa mengetahui ada dadah dalam beg berkenaan, Ringgo ditahan di lapangan terbang itu sewaktu mahu mendaftar masuk.
Berita penahanan Ringgo turut mengejutkan dunia hiburan tanah air apatah lagi menurut laporan sebelum ini, dadah yang ditemui dalam begnya seberat 4.6 kilogram, mendedahkan dia kepada hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Negara berkenaan tidak mengenakan hukuman mati bagi pesalah berkaitan dadah.
Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur.
Dalam satu wawancara bersama wartawan Roshihan Annuar Yub, Ringgo mendedahkan dia menjadi mangsa kerana percayakan rakan yang baharu dikenali.
Katanya, ketika diminta membawa beg untuk ke Sepanyol, dia tidak mengesyaki ada niat tersembunyi rakannya itu sehinggalah dia ditahan dan seterusnya didapati bersalah oleh mahkamah negara itu.
“Ketika mendaftar masuk di lapangan terbang Venezuela untuk ke Sepanyol, saya ditahan anggota keselamatan di sana. Mereka ini unit narkotik Venezuela. Beg saya diperiksa lalu terjumpalah kokain seberat hampir satu kilogram yang disorokkan bawah pelapik beg, ” katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia, Ahad.
Kata Ringgo, dia terkejut kerana penahanan tersebut. Tujuannya ke negara itu adalah untuk melancong selama seminggu sebelum meneruskan percutian ke Sepanyol.
Menceritakan pengalaman di penjara El-Rodeo II, kata Ringgo, soal makan minum sememangnya ujian yang cukup memeritkan termasuklah dia terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu beserta daging babi.
“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur, ” ujar Ringgo.
Menurut Ringgo, aktiviti utama banduan negara itu ialah bergaduh kerana ia antara hiburan mereka namun ia tidak lama. Mereka akan berbaik semula selepas itu.
Di dalam penjara ujar Ringgo, dia dipanggil El-Chino yang maksudnya orang Cina iaitu gelaran bagi orang Asia.
Kerana mempunyai kebolehan melukis dan bermain muzik, dia dihormati oleh banduan lain.
Ringgo juga mendapat sumber kewangan daripada keluargannya di Malaysia melalui royalti lagunya.
Gambar kenangan Ringgo (kiri) bersama kumpulan Fotograf sementara Shamrin (tiga dari kiri) ialah vokalis kumpulan itu.
Dengan wang sebanyak RM500, ia boleh bertahan selama tiga bulan dan wang itu juga Ringgo mampu mengupah banduan lain membasuh pakaiannya.
Istimewanya di penjara negara itu kata Ringgo, waktu lawatannya ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.
Sebelum waktu lawatan, para banduan akan bertungkus lumus untuk mencantikkan sel bagi membuktikan kepada pelawat mereka bukannya hidup tidak terurus dan menyedihkan di dalam penjara.
“Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan setiap sel kerana kami perlu tunjukkan kepada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terutus dan menyedihkan, ” katanya.
Menariknya juga kata Ringgo, para isteri dibenarkan bertemu suami masing-masing iaitu sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim.
Bercerita bagaimana dia dibebaskan ujar Ringgo, selepas tiga tahun berada dalam penjara, dia menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga banduan yang dikenali dalam penjara itu.
Langkah itu adalah salah satu syarat untuk dia bebas di penjara dan melayakkan dia memohon parol.
Seseorang banduan luar perlu mempunyai tempat tinggal di negara berkenaan untuk melayakkan mereka memperoleh parol dan cara terbaik memiliki keluarga angkat.
Selepas keluar penjara, dia tinggal di sebuah hostel yang disediakan kerajaan negara itu dan bekerja menjual lukisan kerana bakatnya sebagai pelukis.
Ringgo juga menjadi penghantar barang untuk kedai runcit milik peniaga Arab dan akhirnya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ahli perniagaan Pakistan.
Menyedihkan selepas setahun sebelum tempoh parolnya berakhir, Ringgo mendapat berita bapanya meninggal dunia.
Ketika bersama Fotograf yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta, Ringgo antara anggota kumpulan yang sering menjadi tumpuan peminat kerana wajah kacaknya selain penyanyi utama kumpulan itu Shamrin.
Dalam satu temubual dengan The Star pada 2008 bagi mengulas penahanan Ringgo, Shamrin berkata dia terkejut dengan perkhabaran itu namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia berlaku di luar negara.
0 Comments