Takdir Allah hadirkan dalam hidup kita ini memang tak dijangka akan berlaku, kalau sebelum ni kita sihat tiba-tiba sekarang jatuh sakit. Namun sabarlah wahai umat Muhammad dengan berkat kesabaran sebenarnya Allah sayangkan kita, DIA mengambil kembali hakNYA, kita tak punya apa-apa yang ada semua ni milikNYA. Hanya redha dan doa kita kirimkan.
Sejak setahun berlalu hinggalah sekarang masuk tahun kedua wabak pandemik ni, ramai meninggal disebabkan penyakit ini. Apabila disuntik untuk dikomakan sebelum tu la kita video call buat kali terakhir untuk melihat ahli keluarga kita.
Ada yang lepas dikomakan 3-4 hari terus meninggal, allahuakbar, pengurusan jenazah pun pihak hospital yang uruskan tiada sesiapa yang boleh melawat secara rapat lagi.
Seperti keluarga ini, perkongsian dikongsi oleh Schaa Manrose di media sosial Facebooknya baru-baru ni, maknya telah bertarung nyawa beberapa hari sebelum meninggal. Lantas bapanya sebak dan merindui sosok tubuh isterinya yang selama ini ada peneman setia tapi lepas mak pergi semua jadi kosong pada mata ayah. Video ini dirakamkan bukanlah untuk view semata-mata akan tetapi Cik Schaa ingin membuat satu memori indah buat kali terakhir.
Kata-kata seorang anak
Tangisan kerinduan seorang suami pada isteri tercinta, yang hidup susah senang bersama . Kini tinggal kenangan 😔 ya allah Betapa remuk nya hati seorang ayah seorang suami . “ bangun la Kau, nanti siapa teman ku pegi port klang, bangun lah !!! Nanti Pokok betik pun tu Di Curi orang buah nya “ ringkas tp mendalam 😭 . Merayu rayu kami semua untuk mak bangun kembali, jeritan tangisan “ MAK BANGUN LAH “ tiada respon Dan tiada harapan . pergi nya bidadari ayah isteri untuk selama lama nya . ayah ! Kuat lah demi anak anak ! Ayah kami hanya ada ayah untuk kami bermanja untuk kami rasa kasih sayang mu ! Ayah tiada siapa ingin kan kehilangan ! Mati Itu pasti . Alfatihah ibu ku 🤲🏻 cukup disini untuk aku meluah rasa sayang Dan rasa cinta . #luahansianak Yna Yzal Cekk Shaa Yasmin Mansor
Baru-baru ni tular satu video jenazah seorang ibu kepada anak ni diuruskan pihak hospital, terlihat keluarga ni sedang melihat dari jauh. Video inilah mak kepada Schaa Manrose yang juga isteri ayahnya telah pergi selamanya.
Semoga insan yang kita sayang telah pergi dahulu ni Allah mengangkat seksaan mereka di dunia kerana meninggal disebabkan satu wabak, semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang soleh solehah. Alfatihah innalillah
0 Comments