Dia insan biasa, namun saat kematiannya luar biasa. Abang Bad atau Badrul Munir dikhabarkan telah meninggal dihadapan makam Rasullulah SAW. Lagi mengujakan, beliau meninggal pada hari jumaat ketika bulan Ramadhan di 10 malam terakhir. Pada waktu yang sama, beliau sedang berpuasa dan mengerjakan umrah. SubahnaAllah. Betapa beruntungnya makhluk Allah ini.
Mendengar khabar kematiannya semestinya sangat dicemburui orang yang masih hidup. Apakah amalan yang dilakukannya sehingga dia begitu istimewa ketika meninggal dunia.
Menurut ustaz Jamal, beliau sangat memuliakan ulama dan berkhidmat sepenuh hati dengan ulama. Beliau merupakan orang yang telah beri seluruh hidupnya untuk berkhidmat bagi :
1. Urusan visa jemaah-jemaah yang ingin khuruj fi sabilillah dan pelajar madrasah
2. Berkhidmat kepada ulamak dan masyaikh dakwah
3. Khidmat madrasah
Sebelum meninggal, beliau sempat bertahajud, solat sunnat qabliah, solat subuh dan solat jenazah. Setelah itu mereka masuk ke maqam nabi. Namun, setelah berapa lama ditunggu, kelibatnya tidak muncul sehingga seorang kawan mereka berlari keluar dari Raudah memberitahu kepada Ustaz Jamal yang Badrul telah meninggal.
SAAT KEMATIAN
Abang Bad masuk ke maqam nabi sambil berselawat kemudian rebah ke belakang betul-betul dihadapan maqam nabi. Rakanya menyangka beliau hanya pengsan kerana pada masa itu beliau dalam keadaan sihat.
Rakannya hanya memanggil namanya ternyata Abang Bad telah meninggal dunia.
Maulana Aswadi beritahu “jika orang meninggal di tempat lain kita boleh tanya apa asbab dia meninggal. Tapi jika di depan maqam nabi, tak perlu tanya lagi apa asbabnya"
Hebatnya apakah amalan Abang Bad meninggal di depan maqam Rasulullah, hari jumaat, waktu puasa, 10 malam terakhir
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah (berdoalah untuk dpt mati di sana) ... Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Begitulah natijah yang Allah SWT telah tunjukkan pada kita betapa tingginya nilai khidmat dan cinta pada ulamak dan ahli agama .
Jika tidak menjadi seorang alim, jadilah orang suka pada ilmu, jika tidak jadilah orang yang cinta pada ulamak dan jika tidak janganlah jadi orang yang membenci ulamak dan ilmu .
Subhanallah !
Kematian yang sangat dicemburui !
Ya Allah pilihlah kami mati di jalan-Mu dan husnul khatimah !
0 Comments