Badrol Shah yang ditimpa ujian pemergian isteri tercinta 1 bulan lalu terlihat menziarahi arwah isterinya baru ini. Beliau sempat memuat naik foto kubur arwah isterinya.
"Abg datang sayang, melawat sayang, abg terlalu rindu kat sayang, dah 22 hari sayang tinggalkan abang" katanya.
Farah Sheila Mazlan 37, meninggal dunia setelah bertarung selama 45 hari kerana jangkitan covid-19 di Hospital Kuala Lumpur.
Arwah isteri bersama Putri Da'aiyatul Insyirah |
Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama arwah isteri kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania 12, Putri Farah Nordina Zawana 11, dan Putri Farah Norhaziqah 7.
"Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak", katanya.
Semoga isteri Badrol ditempatkan dalam golongan beriman dan solehah, Allah mengangkat darjat kerana meninggal sebab wabak. Alfatihah. Amin.
"Apabila kita menyebarkan kebaikan walaupun sepotong ayat, kelak kebaikan juga yang akan datang kepada kita, apabila anda kongsi artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikan. InshaAllah lebih ramai yang akan mendapat manfaat"
0 Comments