Adakah Vaksin Ini Tuhan? - Suhaimi Saad

Adakah Vaksin Ini Tuhan? - Suhaimi Saad

 


Sebelum ini, penyanyi Suhaimi Saad yang dulunya merupakan anggota kumpulan nasyid In Team berpendirian untuk tidak mengambil vaksin walau apa jua sekalipun sehingga mencetuskan kontroversi.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram miliknya, Suhaimi sekali lagi dilihat tetap dengan pendiriannya selepas mempersoalkan adakah vaksin ini Tuhan sampaikan nak masuk ke masjid pun kita semua perlu lengkapkan dua dos vaksinasi.

Vaksin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu.

Seperti semua maklum, kerajaan telah melonggarkan beberapa SOP buat individu yang telah lengkap vaksinasi seperti dine-in di kedai makan, pergi ke masjid dan sebagainya. Menerusi perkongsian lain di Instagram miliknya juga, perkara tersebut walaubagaimanapun tetap buatkan dia tidak peduli.

Jelasnya diruangan caption, dia percaya pada kekuasaan Allah dan sama sekali tidak akan patuh kepada kerajaan walaupun SOP telah dilonggorkan buat mereka yang sudah lengkap vaksinasi.

Apapun, pengambilan vaksin ini merupakan salah satu ikhtiar supaya kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Post a Comment

0 Comments