Caprice akui fobia dengan jarum dan menaiki kapal terbang |
Selepas lebih dua bulan berada di Mesir, penyanyi rap tersohor Malaysia, Caprice pulang ke tanah air hari ini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, maklumat tersebut dikongsikan menerusi saluran Telegram milik penyanyi itu, malam tadi.
Caprice walaubagaimanapun tidak mendedahkan secara lanjut maklumat penerbangan dan ketibaannya nanti.
Caprice, atau pemilik nama sebenar Ariz Ramli dijangka menjalani kuarantin selama 10 hari setiba di Malaysia. Manakala penghantaran barangan lain seperti hoodie, tasbih dan buah tangan bakal dibuat selepas 18 September.
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan itu memohon maaf atas kelewatan urusannya di Mesir dan terpaksa menangguhkan kepulangan ke Malaysia atas faktor keselamatan.
Caprice tiba di Mesir 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan ke Gaza namun tidak dibenarkan masuk ke Palestin.
Pun begitu, penyanyi rap dan usahawan tersebut meneruskan pelbagai aktiviti lain bersama badan bukan kerajaan di Mesir dan Jordan bagi meluaskan jaringan di kedua negara Timur Tengah itu.
0 Comments