Allahyarham Dato Nassier Wahab Meninggal Dunia, Pernah Sembunyi Penderitaan Sakit Kanser Gusi

Allahyarham Dato Nassier Wahab Meninggal Dunia, Pernah Sembunyi Penderitaan Sakit Kanser Gusi

 


Penyanyi popular era 80 an Dato Nassier Wahab 57 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang selepas tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur dan setelah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Sirajudin AlAnwar Kampung Batu Belah.


Turut hadir beri penghormatan terakhir adalah rakan-rakan artis antaranya Dato M.Nasir, Dato Nash, Dato Seri Shahrizat, Ramlah Ram, Salwa Abd Rahman, Zarul Umbrella dan Alif Satar. 


Allahyarham Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nassier Abdul Wahab disahkan meninggal dunia di PPUM berpunca kanser gusi yang dihadapinya yang telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di PPUM.


Penghibur kelahiran Teluk Air Tawar Pulau Pinang itu popular dengan rangkaian lagu Memori cinta luka, Bayangan wajah duka, Sebuah janji tak bererti, Sekali aku jatuh cinta dan Undangan rindu.


Allahyarham Nassier yang pernah dicalonkan sebagai penyanyi lelaki popular di ABPH pada tahun 1987, adalah artis seangkatan seperti Syidi, Raziz Ismail, Dato Jamal Abdillah, Ramlah Ram, dan ramai lagi.


Allahyarham Nassier yang memiliki Sijil Teori Muzik dan Teknologi dari Kolej United Kingdom meninggalkan isteri Datin Fatimah Abd Raof, dan seorang anak Intan Najiha.

Alfatihah Allahyarham Dato Nassier Wahab

 Alfatihah Semoga Allahyarham ditempat bersama golongan orang beriman. Amiin.

Post a Comment

0 Comments