Jenazah muslimah berbangsa Rohingya ini telah disempurnakan seperti mana yang diamanah kepada kami sehingga selesai pengebumiannya..
Jenazah ibu muda berusia 34 tahun ini selamat dikebumikan ditanah perkuburan islam Seksyen 21 Shah Alam..
Berita tentang kematian ibu berbangsa Rohingya ini telah disalurkan kepada kami oleh satu hamba Allah..
Hamba Allah tersebut telah menghubungi talian hotline UKVJ dan meminta kami menguruskan 1 jenazah perempuan Rohingya..
Dikatakan ibu kepada 6 orang anak ini meninggal dunia kerana dibunuh oleh suaminya sendiri yang juga berbangsa Rohingya..
Lebih tragis kejadian malang tersebut berlaku dihadapan anak² arwah..
Ibu muda ini dikatakan ditikam dengan sebilah pisau oleh suaminya..
Malah si suami turut mengelar bahagian tangan arwah berkali kali..
Setelah melakukan perbuatan keji tersebut si suami cuba melarikan diri tetapi gagal..
Ini kerana tangisan dan teriakan kuat anak² arwah yang ketakutan telah mendapat perhatian jiran² disekeliling..
Si suami telah ditangkap oleh jiran² dan diserahkan kepada pihak berkuasa..
Kejadian malang tidak berbau yang menimpa diri arwah dikatakan berlaku pada 26 september yang lalu sekitar jam 03.45 petang..
Berpunca disebabkan dari masalah rumah tangga antara arwah dan suaminya yang dikatakan sudah lama bergolak..
Jenazah ibu muda ini telah menjalani proses bedah siasat untuk mengetahui punca kepada kematiannya..
Pengurusan mandi dan kafan yang dilakukan dibilik wakaf berjalan dengan mudah tetapi sangat² menyentuh hati rakan² yang bertugas..
Suara tangisan anak² arwah membuatkan hati yang melihat tersentuh..
Tangisan dari anak² arwah juga menyebabkan ada diantara rakan² kami turun sama mengalirkan air mata..
Kami memahami kesedihan yang dilalui oleh anak² arwah..
Kami juga dapat rasakan betapa traumanya mereka dengan kejadian yang telah berlaku..
Lebih ralat lagi anak² kecil ini pasti akan dijadikan saksi utama kejadian..
Bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang ibu?
Lebih memeritkan bagaimana agaknya mereka perlu berhadapan dengan si pelaku yang juga bapa kandung sendiri?
Ditelan mati emak..
Diluah mati bapa..
Berat mata yang memandang..
Berat lagi bahu yang memikul..
Dua pepatah yang boleh diguna pakai untuk kisah tragis diatas..
Moralnya jangan bertindak membuat sesuatu perkara mengikut kata amarah..
Sekiranya ada masalah mengadulah pada Allah..
Minta petunjuk dari Yang Maha Esa..
Sesal dahulu pendapatan..
Sesal kemudian tidak lagi berguna..
Sekadar perkongsian..
Ambil positif dengan penulisan saya..
Mohon jangan kecam isi penulisan yang ada!
Credit : Mr Wan Cai Official
0 Comments