Anak Dato' Dijatuhi Hukuman R0.g0l, L1wat & Bvnuh

Anak Dato' Dijatuhi Hukuman R0.g0l, L1wat & Bvnuh


Seorang peguam jena.yah telah menceritakan sebuah kes mahkamah yang berbekas dihati dan tak pernah dilupakannya. Peguam yang bernama Nor Zabetha seringkali berkongsi  di media sosial kes- kes mahkamah dan mengupas isu-isu viral dari sudut perundangan. 


Kali ini, perkongsian beliau berkaitan kisah jena.yah kej.am, dengan bukti yang diputar-belit sehingga keluarga mangsa hendak terjun dari bangunan mahkamah kerana menanggung kesedihan yang teramat sangat. Ikuti kisah yang dikongsi beliau.


Saya mahu berkongsi tentang satu kisah r0.gol yang sebak saya terbaca, sukar hendak saya padamkan dari minda walaupun telah bertahun-tahun lamanya terjadi.


Sangat menyayat hati, barangkali kerana masih terbayang-bayang bagaimana kecewanya, wajah bapa mendiang Chee Gaik Yap selepas mendapat tahu per0.gol dan pembu.nuh anaknya bakal dibebaskan oleh mahkamah.


Bapa Chee Gaik Yap tidak mahu lagi hidup selepas keputusan mahkamah dibacakan. Biarlah dia terjun dan ma.ti dari bangunan mahkamah, barangkali dapat melenyapkan rasa kedukaan dihati selepas anaknya pergi dengan cara yang sangat ke.jam tetapi tiada pembelaan.



Dia menangis tanpa henti, dia dihalang dan ditenangkan oleh wartawan-wartawan di sana.


Remuk dan hancurlah hati ibu bapa ini mengenangkan anak yang mereka sayang, diperlakukan sedemikian rupa dan tiadalah langsung daya hendak menyelamatkan anak yang tersayang dari tangan manusia dur.jana.



Bapa Chee Gaik Yap adalah seorang tukang kayu dan mempunyai 6 orang anak. Gaik Yap, satu-satu anaknya yang ke Universiti. Gaik Yap sepatutnya akan dihantarkan ke German untuk berkursus.


Namun ma.lang yang menimpa keluarga ini. Kisahnya satu petang pada 2006, adik Gaik Yap mengajaknya berjoging di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani. 


Sewaktu berjoging Gaik Yap mendahului adiknya dan kemudian kelibatnya hilang dari pandangan. Waktu itu adik Gaik Yap, lihat ada kereta Naza berwarna hitam yang melintasi adiknya dan beredar. Tiba-tiba kereta yang sama berpatah balik semula dan meluncur laju. 


Siapalah sangka sebenarnya Gaik Yap telah dibawa lari oleh kereta Naza itu. Adiknya yang tidak tahu, menyangkakan Gaik Yap masih dihadapan tetapi masih tidak berjumpa tetapi yang dijumpai hanyalah getah rambut dan kasut Gaik Yap yang banyak kesan da.rah. Apalah agaknya yang berlaku pada Gaik Yap?


Ma.yat Gaik Yap kemudian ditemui ma.ti dalam keadaan terlentang diluar Kelab Cinta Sayang. Begitu ke.jam diperlakukan tubuh badan mangsa! Mangsa dir0.gol, dili.wat dan ditik4m di leher. 


Lama pihak polis mencari pembu.nuh, suspek demi suspek ditahan tetapi tiada jawapan. Kes ini, kembali senyap tetapi bapa Gaik Yap tidak pernah putus asa dan sentiasa bertanyakan status kes anaknya dan sentiasa memberikan tekanan.



Sehinggalah tertuduh dalam kes ini iaitu Shahril Bin Dato Jaafar dipanggil untuk memberikan keterangan pada 2009 kerana penjual kereta di tahan. Kereta Naza itu akhirnya berjaya dicamkan selepas 3 tahun.


DNA tertu.duh telah diambil tetapi ahli keluarganya telah menjaminnya dan tertuduh telah mel4rikan diri ke Australia selama 3 tahun. Sebaik sahaja dia lari, laporan DNA adalah milik tertu.duh. 


Dikatakan di Australia itu adalah rumah milik keluarganya kerana bapa tertuduh adalah merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Pada tahun 2012, tertuduh telah pulang ke tanah air dan ditahan di KLIA Sepang.


Tertuduh telah dibicarakan pada peringkat permulaan dan memeranjatkan tertuduh telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan bahawa DNA tertuduh tidak sepadan dengan yang ditemui pada si ma.ti.


Sewaktu menerima keputusan inilah bapa Gaik Yap cuba terjun dari bangunan mahkamah. Namun keluarga Gaik Yap tidak pernah putus asa. Sokongan padu daripada masyarakat setempat dan segala usaha telah dilakukan.


Pendakwaraya telah menfailkan rayuan dan tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya di mahkamah. 


Dalam kes ini dakwaan tertuduh kononnya, dia sebenarnya melanggan Gaik Yap melalui seorang rakan bernama Wayne dengan harga RM350. Katanya benar mereka mengadakan hubungan seks di dalam kereta Naza tersebut dan selepas itu, Gaik Yap terus pergi meninggalkannya dan Gaik Yap masih hidup. Bermakna Gaik Yap belum ma.ti waktu itu.


Ada satu versi cerita bahawa sedang tertuduh duduk dalam kereta dan menonton video lu.cah. Kata tertuduh kononnya tiba-tiba Gaik Yap datang mengetuk tingkap kereta dan tertuduh tahu itu adalah gadis yang dihantar oleh Wayne. Jadi tertuduh menyambut baik.


Mahkamah langsung tidak mempercayai kisah tertuduh kerana berdasarkan keterangan adik Gaik Yap, pada hari kejadian Gaik Yap tidak mahu pergi berjoging tetapi adiknya yang memujuk. Jadi tidak mungkin ada perancangan awal Gaik Yap ingin menemui tertuduh.



Bapa tertuduh sewaktu memberi keterangan kepada polis mengakui bahawa mereka ingin menjual kereta Naza kerana berlaku pembu.nuhan dan pada waktu kejadian dia, isterinya dan Shahril telah sama-sama membuang pi.sau di tapak sampah di pasar malam.


Namun demikian, bapa tertuduh telah menukar segala keterangannya di kandang saksi. Dia menyatakan kononnya dia menjual kereta Naza itu untuk mencari kenderaan yang lebih besar dan menafikan ada membuang pi.sau yang ditemui dalam kereta, yang digunakan untuk membu.nuh si mati.


Kerana keterangan bapanya yang bercanggah, Mahkamah berpendapat bahawa bapa tertuduh bukanlah saksi yang boleh dipercayai.


Setelah mempertimbangkan kes pendakwaraya dan tertuduh, akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan tertuduh adalah bersalah dan memutuskan tertuduh dihu.kum ma.ti di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Tertuduh sekali lagi merayu di Mahkamah Rayuan dan dalam kes ini adalah laporan kesnya Shahril Jaafar v Pendakwaraya [2017] 1 LNS 112 , Mahkamah menolak rayuan tertuduh. 


Tertuduh membuat rayuan sekali lagi di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah mengekalkan hukuman.


Begitulah kisahnya jenayah r0.gol yang berakhir dengan pembu.nuhan, saya percaya motif utama untuk menutup bukti dan supaya mangsa tidak dapat mengecam per0.gol.


Malang buat gadis ini kerana tertuduh yang pada waktu itu mencari mangsa untuk memu4skan nafsunya. Siapa sangka, aktiviti jogging yang sepatutnya menjadi aktiviti riadah berakhir dengan satu trag3di. 


Jadi berhati-hatilah wanita-wanita dan gadis-gadis semua. Per0.gol tidak semestinya merancang tetapi kejadian boleh berlaku sekelip mata.


Lebih malang lagi, apabila ada ahli keluarga yang membantu menyembunyikan kejadian sebenar. Kenapa? Maru4h keluarga? Menyelamatkan nyawa tertuduh yang telah mer0.gol, meli.wat dan membu.nuh si ma.ti?


Jika ada golongan yang terus memberikan galakan begini, menyembunyikan begini. Apalah agaknya akan jadi. Bayangkan jika tertuduh terlepas dari dakwaan. Adakah kejadian akan berulang kepada mangsa yang lain? Hasil kajian, pemangsa s3ksual sentiasa mengulangi perbuatannya.


Walaupun akhirnya keluarga Gaik Yap mendapat keadilan tetapi Gaik Yap tidak mungkin akan kembali.


Sumber: Nor Zabetha, China Press

Post a Comment

0 Comments