"Apa D0sa "Adik"...'Selepas 10 tahun Bapa Masih Dalam Sel B4nduan Akhir'. Ikuti Kisah Sebagai Pengajaran

"Apa D0sa "Adik"...'Selepas 10 tahun Bapa Masih Dalam Sel B4nduan Akhir'. Ikuti Kisah Sebagai Pengajaran

 


Tahukah anda, Azman masih berada dalam sel banduan akhir 2021, kesalahan yang selama ini dibuat telah dia bertaubat sementara menunggu proses hukum gan.tung nanti. Apakah kisah yang dilakukan Azman, mari mula membaca.


Seorang lelaki terhidu bau busuk seolah-olah seperti bau na.jis. Dia kemudian melihat darah mula mengalir dari dalam telinga seorang budak. Dia menyangkakan budak itu tertidur tetapi rupa-rupanya....apa yang terjadi sebenarnya??


Di dalam sebuah kereta yang menuju ke tempat kerja terdapat tiga orang di dalamnya. Mereka terdiri daripada seorang lelaki (suspek), seorang kanak-kanak lelaki (mangsa) dan seorang lagi lelaki bersama mereka. Hubungan suspek dan mangsa adalah bapa dan anak manakala seorang lagi lelaki di dalam kereta tersebut merupakan pekerja kepada suspek.


Ketika dalam perjalanan, mangsa mula mengadu kepada bapanya yang dia ingin membuang air besar tetapi bapanya tidak melayan dengan pengaduan anaknya itu. Dengan tidak semena-mena anaknya itu tiba-tiba dit4mpar. Dia dit4mpar dengan kuat di pipi. Suspek sangat marah dengan anaknya itu.


Suspek merupakan seorang broker tanah dan juga bekerja sebagai proses kayu getah itu kemudian bertindak di luar dugaan. Suspek men3ndang anaknya itu di bahagian rusuk dengan menggunakan kasut keselamatan. Perbuatan ini disaksikan jelas oleh pekerja suspek yang turut berada bersama di dalam kereta tersebut. Ada kemungkinan pekerja suspek ingin menghalang perbuatan tersebut tetapi diberi amaran oleh suspek. Suspek memberi amaran kepada pekerjanya itu supaya jangan masuk campur dalam urusan keluarganya.


Pekerja itu juga diberi peringatan yang dia hanya seorang pekerja bawahan. Disebabkan inilah pekerja tersebut tidak dapat menghalang perbuatan bosnya itu terhadap mangsa. Kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba diberhentikan suspek kemudian mengambil beberapa dahan kayu dan juga rotan. Tanpa disangka dia bertindak memu.kul anaknya itu dengan menggunakan dahan dan rotan tersebut. Lebih mengejutkan, mangsa dipu.kul tanpa belas kasihan sehingga dahan kayu tersebut patah. Tidak cukup dengan perbuatan k3jam itu, mangsa kemudian dit3ndang pula oleh bapanya sehingga jatuh tersungkur ke tanah. Apa yang lebih menyedihkan, tubuh mangsa didapati dalam keadaan lemah dan lembik akibat dipu.kul dengan teruk. Bayangkan seorang budak kecil dipu.kul dengan teruk tanpa belas kasihan. 


Tiba-tiba suatu yang aneh berlaku, tidak ada lagi suara kedengaran dari anaknya itu, suspek menyangkakan anaknya itu tertidur, suspek dan pekerjanya kemudian terhidu bau busuk, rupa-rupanya bau busuk itu adalah bau najis. Mangsa sebenarnya telah terbuang air besar di dalam kereta. Mereka berdua kemudian mendapati darah mula mengalir dari dalam telinga mangsa, mangsa sebenarnya bukan tertidur tetapi sudah tidak sedarkan diri. Tanpa membuang masa pekerja tersebut memberi bantuan pernafasan CPR kepada mangsa namun ianya tidak berhasil. Melihatkan tiada tindak balas dari mangsa, suspek kemudian bertindak menyiram air ke arah muka anaknya itu. Malangnya, tiada juga tindak balas diberikan. Suspek mula rasa panik.


Pekerja suspek memberi cadangan supaya membawa mangsa ke hospital setelah melihatkan keadaan mangsa semakin serius dan tidak sedarkan diri. Suspek memberi amaran kepada pekerjanya itu supaya jangan menceritakan perkara sebenar kepada pihak hospital.



Suspek mengatakan anaknya itu, sebenarnya tiba-tiba pengsan setelah terjatuh. Malangnya semua sudah terlambat. Mangsa tidak dapat diselamatkan ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah. Apa yang lebih mengejutkan, doktor mendapati ada banyak kesan lebam di bahagian badan mangsa termasuk kedua-dua kaki mangsa dipercayai akibat terkena benda panas. Kesan lebam itu, terdiri dari kesan lama dan juga yang baru. Kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena pihak hospital kemudian menghubungi polis untuk melaporkan tentang kejadian tersebut. 


Pada keesokan harinya, bedah siasat ke atas mangsa dijalankan, doktor pakar forensik mengesahkan terdapat pendarahan pada bahagian otot, paru-paru, kepala dan juga perut mangsa. Ianya berpunca dari henta.kan kuat menggunakan objek tum.pul. Kema.tian mangsa adalah disebabkan "kekejangan otot yang teruk dan kekeliruan paru-paru kerana trauma tumpul". Suspek kemudian berjaya dita.han polis dan didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai ma.ti jika disabit kesalahan.


Suspek yang bernama Azman Abdul Rahman (37 tahun) didakwa atas kesalahan membu.nuh Muhammad Firdaus Mohd Dan (6 tahun) di Kebun kelapa sawit Kampung Solok Pinang, Gadek Alor Gajah Melaka antara jam 10.30 pagi hingga 2.15 petang pada 10 Oktober 2011. Azman yang berasal dari Lubok Cina, Linggi Negeri Sembilan itu merupakan bapa tiri kepada Muhammad Firdaus. 


Pihak pendakwaan menggunakan Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan semasa mendakwa tertuduh. Azman ada niat untuk mendatangkan kece.deraan pada tubuh badan Firdaus. Ini kerana kece.deraan yang dialami mangsa pada lazimnya memadai untuk membawa kepada kema.tian. Kes prima facie kemudian telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Ini bermaksud elemen kesalahan membu.nuh telah berjaya dibuktikan.




Semasa prosiding berlangsung, tertuduh memberitahu dia tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan kepadanya. Azman berkata "Saya tak faham, saya tak bu.nuh dia (Muhammad Firdaus)". Bagaimanapun hakim mendengar jawapan tertuduh mencelah dengan bertanya kepada tertuduh perenggan mana dalam kertas pertuduhan yang tidak difahaminya. Namun tertuduh yang berbadan besar itu hanya mendiamkan diri. Tertuduh kemudian diarah untuk membela diri.


Apa yang lebih mengejutkan seorang doktor dipanggil sebagai saksi pembelaan, doktor ini merupakan doktor pakar psikiatri dari Hospital Permai. Azman disahkan mengalami kecelaruan personaliti yang dipanggil "Anti Social Personality Disorder" (ASPD). Menurut doktor pakar tersebut, seseorang yang mengalami ASPD akan bertindak agresif, kurang bertanggungjawab atau bertindak secara tidak rasional. Pesakit ASPD juga akan cepat marah dan menjadi panas baran. Ada kalanya juga pesakit ASPD akan mengalami "Anxiety Disorder" dan kesugulan tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri. 


Yang menjadi persoalan sekarang adalah adakah tertuduh boleh didapati bersalah kerana membu.nuh mangsa sedangkan tertuduh disahkan mengalami ASPD? 


Seksyen 84 Kanun Keseksaan

("Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, yang pada waktu melakukannya, dengan alasan tidak berakal, mampu mengetahui sifat perbuatan itu atau apa yang dilakukannya salah atau bertentangan dengan undang-undang")


Untuk membuktikan Azman tidak bersalah, beban bukti adalah terletak pada bahu pihak pembelaan bagi membuktikan tertuduh berhak mendapat perlindungan di bawah pembelaan ketidakwarasan akal. Jadi adakah tertuduh waras atau sebaliknya? 


Sementara itu, abang kepada mangsa yang ingin dikenali sebagai Hisham (20 tahun) mendakwa dia tidak berpeluang mendekati adik bongsunya itu malah sukar untuk melihat adiknya itu tidak memakai baju. Hisham mendakwa setiap kali selepas mandi, "Adik" keluar dari bilik air dalam keadaan sudah berpakaian dan apabila menyedari kesan luka atau lebam pada anggota badan yang terdedah, "Adik" hanya menjawab terjatuh atau terlanggar sesuatu. Hisham berkata lagi, "Adik" tidak pernah mengadu sakit. Walaupun sebagai abang, Hisham juga menyatakan dia tidak berpeluang tidur bersama Firdaus. 


Apa yang menghairankan bapa tirinya itu tidak pernah menunjukkan sikap panas ba.ran dan seolah-olah tiada apa yang berlaku di dalam rumah mereka. Kenapa Azman selalu mende.ra Firdaus masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.

Post a Comment

0 Comments