Biasa la kan sekarang kita terdedah dengan zaman teknologi. Terdapat beberapa kes apabila 'body shaming' ni berlaku boleh buat seseorang itu depressed, jadi tertekan dan ada juga kes di luar negara sehingga membu.nuh diri.
Masalah yang berlaku bukan sahaja body shaming, kadang-kadang hina agama orang lain, ini juga adalah merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 (1)(a) iaitu Tulisan Berbentuk Sumbang, Lucah, Jelik Yang Dengan Niat Untuk Menganiaya Orang Lain Atau Menyakitkan Hati Orang Lain dan ianya boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sebagai orang awam ia adalah tanggungjawab kita untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Jadi bagaimana proses untuk membuat aduan?
1) Buka laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
2) Klik bahagian aduan dan tekan aduan baru
3) Jenis perkhidmatan (contoh dia tulis apa, adakah dalam sosial media atau lain-lain senarai)
4) Jenis subkategori (contoh palsu/misleading/kecurian identiti/lain-lain senarai)
5) Isikan butiran sebagai pengadu *Jangan buat aduan palsu untuk kenakan orang lain, risiko akan dikenakan tindakan
6) Jangan lupa screenshot segala tulisan dannlampirkan dalm file
7) Kemudian tekan hantar, aduan yang diterima akan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Apakah tindakan seterusnya, sentiasa followup dari kes yang diadu itu.
Jadi, jika ada orang mengutuk misalnya di laman Facebook jangan cuba-cuba nak menambah, diam sahaja. Gunakan sosial media secara berhemah, jadilah warganegara yang bertanggungjawab sekiranya ada penghinaan terhadap bangsa lain, agama atau tulisan politik yang berbentuk keterlaluan adukan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
0 Comments