Jika ada lagi rakyat tidur di jalanan, makan sekali sehari bahkan ada yang tak makan ketahuilah terdapat rasuah dan amalan tidak keadilan berleluasa di negara itu.
Ketika ini, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum sehari dan maksimum 20 tahun.
Hukuman penjara minimum satu hari yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) perlu dikaji dan disemak semula.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah, Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berpandangan, Akta SPRM 2009 lebih wajar menjatuhkan hukuman penjara mandatori sekurang-kurangnya dua bulan dengan minimum dua sebatan.
Ketika ini, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum sehari dan maksimum 20 tahun.
“Tidak seperti Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997 sebelum ini, ia menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan hukuman penjara mandatori tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah rasuah atau RM10,000 (yang mana satu lebih tinggi), jika didapati bersalah.
“Malah kesalahan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara mandatori antara dua tahun dan 20 tahun, hukuman sebat dan denda.
“Adapun, hukuman kerana menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dikenakan hukuman penjara mandatori tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun; sebatan, dan dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Akhbar berkata demikian mengambil contoh hukuman yang dikenakan kepada seorang Peguam Kanan Persekutuan, yang didenda RM130,000 dan dipenjara sehari selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pada 5 Ogos lalu, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM700,000 tahun lalu.
Jelas beliau, tempoh penjara sehari adalah susulan budi bicara hakim dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes rasuah, selain kelemahan Akta SPRM 2009.
Berbeza hukuman penjara terhadap kes tersebut, Akhbar mengambil contoh beberapa kes lain termasuk seorang buruh di Terengganu yang dipenjara selama 15 bulan selepas mengaku bersalah mencuri petai.
Selain itu, kes melibatkan seorang penganggur yang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana mencuri wang sebanyak RM50 daripada tabung masjid.
Satu lagi kes ‘klasik’ adalah melibatkan penganggur berusia 22 tahun, Shashi Kumar Selvama, yang mencuri beras dan sardin dari sebuah kedai runcit, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
“Pada September 2015, Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mendapatkan dua bidang tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta, untuk dirinya dan isteri beliau Setelah menjalani hukuman selama enam bulan, beliau dibebaskan dengan syarat,” katanya.
Akhbar menambah: “Hakim-hakim ketika ini nampaknya seperti dipengaruhi oleh hierarki sosial dan politik pesalah sebelum menjatuhkan hukuman.
“Persepsi terhadap objektif sistem kehakiman kita mungkin dipersoalkan.”
Mengulas lanjut, Akhbar berpendapat sekiranya SPRM mendapati bahawa bukti siasatan tidak memenuhi kriteria kesalahan Akta SPRM 2009, mereka boleh mempertimbangkan untuk menuduh di bawah kesalahan Kanun Keseksaan seperti CBT dan menipu.
Tegasnya lagi, rasuah adalah barah dan jenayah berat, berbanding jenayah lain.
“Contohnya, dalam kes pembunuhan, ia hanya melibatkan pesalah dan keluarga mangsa, sedangkan dalam kes rasuah, ia melibatkan wang rakyat dan merampas hak rakyat daripada apa yang sepatutnya mereka terima.
“Wang rasuah itu boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan, air bersih, pembinaan sekolah baharu serta jalan baharu di kawasan luar bandar,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata hukuman yang lebih berat, ditambah dengan penjara yang lebih lama bersama sebatan, akan membuka mata orang ramai bahawa menerima rasuah pasti membawa kepada kehancuran, bukan sahaja penerima rasuah bahkan seluruh keluarganya.
Katanya lagi, institusi kehakiman dan perundangan adalah mekanisme semak dan imbang yang penting, dan harus bebas daripada pemerintah bagi membolehkan mereka dipercayai oleh rakyat.
Oleh itu bagi yang berkenaan pertimbangkan lah hukuman yang adil, makan duit bukan hak kita amatlah berat seksanya di akhirat kelak.
"Apabila kita menyebarkan kebaikan walaupun sepotong ayat, kelak kebaikan juga yang akan datang kepada kita, apabila anda kongsi artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikan. InshaAllah lebih ramai yang akan mendapat manfaat"
0 Comments