Fatih Saferagic Menjawab Tuduhan Jena.yah Perlecehan S3ksual Yang Dihadapinya

Fatih Saferagic Menjawab Tuduhan Jena.yah Perlecehan S3ksual Yang Dihadapinya

 


Translate Bahasa Malaysia

Fatih Saferagic merupakan seorsng Qari al-Quran. Beliau sangat terkenal dalam mengalunkan ayat Al-Quran dengan baik sekali. Beliau juga menjadi inspirasi umat Islam di seluruh dunia untuk menarik minat menghafal Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dalam kehidupan seharian.


Baru-baru ini, sebuah ngo swasta telah memuatnaik di media sosial yang menyatakan Fatih telah melakukan jenayah seksual daripada tahun 2011. 


Ngo tersebut dikenali sebagai  Facing Abuse Community Environments  (FACE) yang dianggotai sekumpulan wanita yang bertujuan untuk menangani tingkah laku golongan pemimpinan dan skumpulan agamawan yang tidak beretika. 


Menurut FACE terdapat 13 mangsa yang mengadu dipercayai telah  mendapat serangan fizikal, rogol, penganiayaan kanak-kanak, penderaan rohani, manipulasi dan penderaan kewangan daripada Fatih. 


Mereka juga mengwar-warkan jika masih ada mangsa jenayah seksual yang dilakukan oleh  Fatih untuk tampil memberi aduan kepada  kumpulan mereka.


Namun, Fatih telah membuat kenyataan di dalam media sosial yang menyifatkan FACE telah memfitnah dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. 


Menurutnya, FACE bukanlah satu pertubuhan berasaskan hukum/ undang-undang. Penyiasatan mereka dilakukan secara tidak formal. Malah tuduhan tersebut tidak diberikan kepada pihak berkuasa tetepi hanya diwar-warkan di media sosial untuk memburukkan namanya.


Beliau mengajak individu yang dikatakan mangsa tersebut, membawa tuduhan dan bukti ke mahkamah jika dia benar-benar bersalah. 


Buat sementara ini dia berharap agar mana-mana pigak tidak lagi mengganggu kehidupannya dengan isterinya. Jika perkars ini dibawa ke peringkat pengadilan dia sedia bekerjasama jelasnya. 


Fatih meninggalkan pembaca dengan sepotong ayat daripada Al-Quran yang menggesa umat Islam tidak mudah percaya dengan berita / maklumat yang disampaikan kepada mereka sebelum diselidiki terlebih dahulu. 


 ⠀ "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang tidak taat dengan maklumat, selidiki, jangan sampai kamu menyakiti orang-orang dari kejahilan dan menjadi, atas apa yang telah kamu lakukan, menyesal" (49: 6)


Post a Comment

0 Comments