Misteri kehilangan Muhammad Haziq Bin Mohd Tarmizi terbongkar selepas pihak hospital mengesahkan ma.yat itu adalah Haziq sendiri.
Ceritanya bermula Mohd Tarmizi iaitu bapa mereka bersama dua anak lelaki iaitu Muhammad Haziq 17, dan Mohd Hariz 13, pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor.
Sedang menunggu azan, penduduk atau jemaah dikejutkan dengan kedatangan seorang pengg4nas membawa senjata seperti shotgun menem.bak secara rambang.
Tembakan itu mengenai Haziq dan juga bapanya iaitu Tarmizi. Dalam keadaan kelam kabut mereka seperti sudah berpecah kerana Haziq dari awal berjauhan sedikit daripada bapanya.
Berikutan kejadian itu, keluarga memaklumkan kehilangan Haziq, manakala bapa Tarmizi mengalami cedera bahagian belakang kerana terkena temba.kan tetapi dibenarkan pulang dari hospital. Dalam masa sama, Mohd Hariz sempat menyelamatkan diri dan dikatakan mengalami trauma dengan kejadian itu.
Tidak lama selepas itu, misteri kehilangan Haziq terbongkar apabila hospital mengesahkan jenazah itu adalah Muhammad Haziq.
Insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan), Jumaat.
Selain Mohd Tarmizi dari Alor Setar, Kedah, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Kampung Binja, Bayan Lepas di sini dan Mohd Nazri Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.
Muhammad Haziq dalam bulatan, selamat dikebumikan, Mohd Hariz dikatakan mengalami trauma selepas kejadian itu |
Muhammad Haziq merupakan anak kedua dari keluarga itu.
Alfatihah. Salam Takziah
0 Comments