"Dah berapa kali diberitahu hanya Pulau Langkawi setakat ini kerajaan membenarkan orang awam untuk bercuti yang mana kawasan perkelahan hutan simpan dan dibawah peraturan Jabatan Hutan Negeri masih tidak dibenarkan", kata pihak berkuasa bertugas.
Terdapat beberapa keluarga telah membuat aktiviti di kawasan perkelahan Lubuk Kain Kg Shukor, Terengganu yang mana telah dikompaun oleh pihak berkuasa.
Sudah dimaklumkan sebelum ini kawasan rekreasi perkelahan Lubuk Kain Kg Shukor masih belum dibuka Dan tidak dibenarkan aktiviti. Kawasan itu juga dalam kawasan hutan simpan dan di bawah peraturan Jabatan Hutan Negeri Terengganu.
Menceroboh akan dikenakan tindakan, Notis pun telah dikeluarkan dan laluan masuk juga telah disekat sebelum ini tapi masih ada yang degil, tambahnya.
"Maka merasa lah nikmat kompaun oleh pihak berkuasa"...
Pematuhan oleh pihak berkuasa juga dilakukan di kawasan rekreasi Bumbung Raja, tapak perkelahan Lubuk Gemerang, Sg Loh dan juga Sungai Kelemin Kampung Talong.
Masih ada yang ingkar SOP.. maka kompaun telah dikenakan.
0 Comments