Jalan Terbaik, Ebit Lew Perlu Berehat Dulu | Ada mastermind cuba jatuhkan imej ustaz

Jalan Terbaik, Ebit Lew Perlu Berehat Dulu | Ada mastermind cuba jatuhkan imej ustaz



Pernah satu ketika dahulu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pun menasihati Anwar Ibrahim 'mu saloh ke dok, jangan bersumpah laknat. Ini perlu kupasan yang lebih arif lagi.


Ustaz Ebit Lew dinasihat berehat dahulu


Ini berikutan tular cerita tidak baik seorang pendakwah bebas melakukan amang s3ksual kepada beberapa wanita dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew. Selepas laporan polis dibuat wanita berkenaan dan Ebit Lew memberi keterangan pihak polis masih lagi jalankan siasatan sejauh mana kesahihan itu.


Tetapi lihatlah dua tiga hari ini, tiada keterangan langsung dari pihak polis, tapi sudah kecoh di media sosial, apa cerita ni? Secara tiba-tiba kan? Polis pun tak cakap apa lagi.


Seolah-olah ada mastermind


Ingat tak mula- mula haritu ada yang cakap kami tengah kumpul bukti, sampai satu masa polis bagi green light kami akan sebar habis-habisan itu yang terjadi sekarang. Siapa yang cakap macam tu sebenarnya?


Siapa yang ikut kisah ini mesti perasan, sekarang Ebit Lew diserang bertubi-tubi, yang dahulu ada 1000 kebaikan sekarang seperti sejuta kesalahan. Ada tangan-tangan menyebar video kurang baik di facebook, buat page (Amang Shah The Hacker) cari follower tunjuk video, buat channel telegram tunjuk video, banyak saja kata-kata jahat di dalam tu, tapi kesahihannya tiada pun lagi.


Percayalah bila perkara ni dah menyeksakan jiwa Ebit Lew golongan itu puas dia akan berhenti sendiri


Jalan terbaik sekarang untuk Ustaz Ebit Lew berehat dulu, luang masa dengan anak isteri, isteri ustaz pun seorang wanita ada perasaan, ada jiwa, apa tanggapan beliau dan perasaannya terhadap kecaman, kiriman video dan gambar tak baik suaminya ini?


Sejauh manakah dia akan berlarutan?


Jawapan dia sampai nafsu-nafsu jahat itu puas.


Boleh bayangkan tak, selepas wanita itu diganggu atau penderaan s3ksual (jika benar) mungkin hidup tak terARAh, trauma, dia buat laporan polis - polis masih siasat - netizen 1 malaysia mengecam.


Kesan terhadap Ebit Lew


Ebit Lew tertekan, moral down, maruah hilang, hidup pun tak terARAH, dia pun boleh trauma fobia dengan semua ini.


Bukti kesahihan pun tiada lagi. Jadi adil tak? Ni cuma andaian saya wanita tu dah trauma dan Ebit Lew pun sudah trauma.


Apa lagi kita mahukan?


Video terus tersebar dengan muka sebelah pihak iaitu muka Ebit Lew, gambar terus tersebar. Sampai bilakah macam ni? Betapa malu nya tak kasihan kah tak ada hati perut kah untuk dia (ebit lew) mungkin ini bahagian dia, tapi kita belum tahu diri kita mcm mana Allah masih tutup aib lagi.


Dapat tak apa yang saya cakap tadi, kat situ dah ada persamaan dua-dua mungkin sudah trauma. Tapi sampai bila kecaman ni pada seorang saja (ebit lew), sampai nak jatuh kaw-kaw, sampai nak client dia semua lari, sampai nak orang pandang dia jijik, sampai semua pembenci yang kita tak kenal ni puas? 


Marilah kita doa yang baik-baik untuk kedua-duanya, jika wanita itu dizalimi pihak berkuasa akan mengangkatnya beri keadilan dan Ebit Lew akan dihukum. Tapi jika semua ini fitnah besar yang terpalit pada ustaz ramai-ramai dah boleh mula minta maaf.


Pandang dengan mata hati ya sahabat-sahabat. 


Dulu Dato Ayob Khan Ketua Polis Johor sekarang pernah berkata ramai dah penjenayah yang beliau jumpa, tangkap, masuk penjara, habis hukuman lepas. 


Tapi pernah dengar tak itu hanya boneka je kebiasaannya, ada ketua-ketua di belakang sebenarnya susah nak ditangkap, 9 naga pun ada, nak cakap banyak pun nanti kena tangkap kan.


Saya cakap begitu, hanya nak berpendapat untuk diri saya, jika sesuatu badan politik ke, sistem ke, kepentingan individu tertentu diganggu, bagi saya siapa banyak duit (money is king) dia boleh jatuhkan anda dengan sekelip mata dengan menggunakan duit sahaja. Ingat polis pun boleh ditutup mulut.


Terutama termasuklah untuk perjuangan Islam akan ada segelintir tak seronok. Itulah akhir zaman.


Ada juga bependapat, apabila polis agak sukar nak buat siasatan, akan muncullah kumpulan yang menentang habis-habisan Ustaz Ebit Lew yang diketuai oleh Bro Firdaus Wong.


Mastermind - percaturan dengan lengkap strategi, susah kita nak tahu dalang. Allah maha mengetahui.


Jadi bawalah diri kalian sebaiknya. Bahagian kita belum tahu lagi. Astaghfirullah AlAdzim.


- Tiada Nama

Post a Comment

0 Comments