'Kegiatan Mengajak Video Call Sebelum Mengu.gut Meresahkan Isteri'...

'Kegiatan Mengajak Video Call Sebelum Mengu.gut Meresahkan Isteri'...

 


Iskandar Puteri, Johor - Terdapat pemangsa mencari mangsa di media sosial seperti Facebook, Instagram dengan mengugut supaya memberinya duit simpanan.


Itu modus operandi yang dilakukan seorang wanita warga asing semasa memperdayakan lelaki tempatan untuk berbo.gel sebelum mengugut untuk menyebarkan video bo.gel mangsa.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pada mulanya wanita berkenaan akan mengajak mangsa melakukan aksi bo.gel bersama-sama bertujuan untuk memerangkapnya. 


"Selepas itu, suspek akan menggunakan video tersebut untuk mengu.gut mangsa dengan menyebarkan video bo.gel tersebut dalam media sosial. 


"Sekiranya mangsa tidak mahu video tersebut disebarkan, mangsa hendaklah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 


Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas wanita warga asing berkenaan yang berumur 22 tahun.


Pihak polis juga telah merampas sebuah telefon bimbit dan kad bank.


Hasil siasatan mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menerima 35 kes ugutan bagi menyebarkan video bo.gel yang dilaporkan di beberapa balai polis di daerah ini sejak Januari hingga kini.


Dzulkhairi berkata, semua mangsa adalah lelaki warga tempatan yang berusia antara 25 sehingga 45 tahun.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan aplikasi dalam talian. 


"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak berkelakuan lu.cah semasa membuat panggilan video dengan mana-mana individu yang baru dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa," katanya.


Orang lelaki juga dinasihatkan terutama yang sudah berumah tangga jangan membiarkan perkara sebegini berlaku kerana maruah akan tercalar, apa guna isteri yang berada di rumah tidak digunakan sebaik mungkin.

Post a Comment

0 Comments