Banglo yang hilang ini merupakan satu kisah yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini bagaimana sebuah banglo yang telah siap dibina boleh hilang dalam sekelip mata.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru sekitar tahun 2003. Difahamkan selepas rumah ini siap, keesokan harinya banglo ini tiba-tiba hilang dari tempat ianya dibina. Beberapa siasatan dijalankan termasuk melibatkan seorang 'Penilai Hartanah' rumah.
Pihak polis menjalankan siasatan terperinci dan memanggil penilai hartanah bernama Encik Manap. Encik Manap telah pergi ke tapak rumah yang dikatakan hilang, pada hari kejadian Manap datang dengan membawa beberapa dokumen yang menunjukkan memang rumah itu sebenarnya wujud. Apa yang lebih membingungkan pihak penyiasat, semua pihak terlibat dalam proses pembinaan rumah seperti jurutera dan arkitek membuktikan rumah tersebut memang mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki dan pelan rumah tersebut memang wujud di atas kertas.
Pelbagai versi cerita mula digembar gemburkan oleh masyarakat dan orang sekeliling.
Versi pertama
Ada penduduk setempat berpendapat bahawa pemilik rumah tersebut mengamalkan ilmu hitam untuk kekayaan tetapi perly menunaikan syarat tertentu. Perjanjian itu dibuat untuk memperoleh kekayaan segera dan sangat banyak, namun harta itu tidak boleh digunakan untuk jalan keburukan.
Dikatakan pemilik rumah itu telah melanggar syarat yang telah ditetapkan, pemiliknya telah menggunakan duit untuk tujuan perjudian, disebabkan iru segala kekayaannya ditarik dengan sekelip mata dalam satu malam sahaja. Pada malam kejadian, penduduk sekitar mengakui yang mereka telah mendengar sesuatu yang pelik dari rumah itu. Bukan itu sahaja dikatakan pada malam tertentu penduduk kawasan sekitar banglo misteri itu akan mendengar bunyi-bunyi aneh sehingga ke hari ini, rumah dan pemilik rumah itu ghaib.
Versi kedua
Difahamkan pemilik ini membangunkan rumah banglo itu menggunakan duit anak-anak yatim, cerita ini bermula ketika si abang mengamanahkan harta kepada adiknya untuk menjaga hartanya sehingga anak-anaknya dewasa.
Malang apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila adiknya telah mengkhianati si abang dengan menggunakan sebahagian harta untuk membina banglo tersebut. Disebabkan sifat tamaknya, banglo itu ditakdirkan Allah lenyap tanpa dapat disokong mana-mana bukti.
Versi ketiga
Veris ketiga ini agak lemah, penduduk menceritakan pemilik rumah ini cuba menguji ilmu hitamnya dengan menghilangkan rumah banglonya sendiri. Pada malam itu pemilik itu berjaya mengghaibkan banglo itu tetapi malang seribu kali malang dia gagal untuk mengembalikan semua banglo yang dighaibkan itu. Jadi apabila gagal, pemilik ini berasa malu dengan tindakannya dan mengambil keputuzan meninggalakn kawasan itu.
Disebabkan itu, tiada siapa tahu kemana perginya pemilik banglo itu sehingga ke hari ini.
Mencari bukti
Susulan tentang kes ini, terdapat 3 orang pengkaji aktiviti paranormal cuba untuk merungkai misteri ini. Malam sehari sebelum mereka berangkat ke rumah tersebut, ketiga-tiga mereka mendapat satu mimpi yang aneh seorang lelaki tua telah menghalang mereka pergi ke kawasan itu, pakcik tua itu mengarahkan mereka pulang dan jika mereka berdegil akan berlaku sesuatu yang buruk. Setelah bangun dari tidur, mereka masing-masing menceritakan mimpi itu, malah versi mimpi mereka juga sama.
Banyak pengkaji paranormal cuba merungkai namun sehingga ke hari ini tidak mendapat jawapan yang pasti. Malah penduduk lama kawasan itu juga seolah-olah mengelak daripada menjawab perihal banglo itu. Bagi penduduk baru kawasan itu, mereka masih percaya kepada kisah lagenda ini.
Ada yang berpendapat bahawa sebenarnya tapak ini adalah tapak pertama di kawasan itu untuk menunjukkan keluasan banglo. Dan pihak pemaju sengaja membina pagar dan tembok seperti ada sebuah banglo telah wujud di atas tanah tersebut.
Terdapat pagar sahaja dan tiada blok rumah di dalam |
Sehingga ke hari kisah misteri ini masih tidak terungkai, malah kawasan dahulunya adalah sebuah banglo yang ghaib telah dijadikan sebuah kuil di atasnya.
0 Comments