Menurut pertanyaan dari seorang sahabat, dan juga seorang wife. Perkahwinannya telah berusia 7 tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Apa yang menjadi gangguan dan gap antara mereka adalah si suaminya mempunyai hobi yang sangat sayang terhadap benda tu. Boleh jadi kawan setia la, so benda tu bagi beliau menjadi satu gangguan dalam kehidupan rumah tangga, dah la merokok asapnya datang pada anak-anak lepas tu upgrade lagi yang hat ganja.
Jadi bagi beliau, ini adalah satu hobi mengarut, biarlah hobi tu tercipta pun boleh sama-sama buat hobi tu, takkanla si isteri perlu raikan nak hisap ganja sama-sama.
Hal ini merugikan siapa? Anak kah? Isteri kah suami kah? Fikirkanlah.
Mari ikuti conversation mereka.
Jawapan:
#TabungSuami
1. Jika masih ada hobi mengarut sebelum kahwin belajar tinggalkan.
2. Jangan ada impian akan berubah lepas kahwin, kebanyakkan tidak berubah. Ubah diri barulah kahwin.
3. Jangn rosakkan masa depan orang dengan perangai buruk kita. Kita sedang rosakkan bini dan anak kita.
4. Jadi isteri juga harus pantau hobi buruk suami. Jika sampai bahayakan keluarga apakah masi boleh redha.
5. Sayang berpada pada jangan sampai rosakkan diri dan keluarga. Buat keputusan segera, jangan membuang masa dan hidup dalam nostalgia.
6. Cari orang yang suami hormat untuk berikan nasihat. Paling penting buat keputusan untuk masa depan jangan berserah pada nasib
Azizul Azli Ahmad
Jadi misi dan visi kita sebagai suami isteri siapa yang nak tentukan lagi, kalau tak sayang diri, macam mana nak sayang kat isteri dan anak. Semoga yang ingin bakal melangsungkan perkahwinan cuba buat perancangan tentang cara hidup juga, selalu fikir beli rumah kereta tapi cau fikir apa yang kita nak jadi selepas kahwin. InshaAllah serba sedikit info dan kisah ini boleh buat sebagai panduan dan rujukan.
0 Comments