Veteren Dap Lim Kit Siang hari ini meminta penjelasan kepada Menteri Kesihatan yang baru dilantik iaitu Khairi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ.
Beliau mempersoalkan kes baharu jangkitan Covid -19 masih tinggi sedangkan program vaksinasi menunjukkan peningkatan dan kini telah mencapai 44.5 peratus populasi.
Kes harian yang dilaporkan masih kekal di atas 20 000 orang setiap hari.
Menurut beliau, negara-negara luar seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Jerman mengalami penurunan kes jangkitan dan kematian seiring dengan program vaksinasi yang dijalankan.
Kit Siang pada masa sama mempersoal bilakah KJ akan mengumumkan dasar baharu yang berlandaskan data dan sains, selain menerapkan pendekatan dan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan negara” yang melibatkan mobilasi seluruh rakyat Malaysia.
Diharapkan KJ dapat mengatasi masalah ini dengan startegi baharu yang lebih mampan dan holistik. Pembangkang berfungsi sebagai 'check and balance' untuk memperbaiki corak pemerintahan kerajaan sedia ada.
Kementerian perlu memperbaiki segala kelemahan dengan segera dan buktikan pencapaian gerak kerja dalam tempoh 100 hari yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baharu Dato Sri Ismail Sabri .
0 Comments