Abdul Latif Romly (lahir 31 Mac 1997 di Perlis, Malaysia) ialah seorang atlet Paralimpik Malaysia. Beliau terkenal kerana berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia pada 11 September di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro.
Abdul Latif yang memenangi emas keduanya dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) selepas kali pertama melakukannya di Rio 2016, merupakan pemegang rekod dunia lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Dengan keazaman pergi ke Tokyo untuk membuat lompatan sejauh 8 meter tidak kesampaian namun dengan lompatan 7.45 m sekaligus beri Abdul Latif Romly pingat emas dan mengharumkan nama negara. Sekilas lompatan di Tokyo:
Pada lompatan pertama semalam Latif dapat lompatan sejauh 7.26 meter.
Pada lompatan kedua - 7.45 meter (Emas Tokyo)
Pada lompatan ketiga - 7.24 meter.
Pada lompatan keempat - batal
Pada lompatan kelima - 5.56 meter (masa ni Abdul Latif Romly terjatuh, lompatan terakhir)
Sedutan babak caring atlet Greece!
0 Comments